web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Zaliha Tinjau Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya Kumpul Respon Petugas, Pesakit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 9:00AM

Dr Zaliha berbual dengan seorang pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya malam tadi. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa melakukan tinjauan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya malam tadi, bagi mendapatkan maklum balas daripada petugas kesihatan serta pesakit di situ.

Beliau berkata, kesempatan itu turut digunakannya untuk bertemu pihak pengurusan wad dan Timbalan Pengarah hospital berkenaan, Dr Azhar bagi mendapatkan gambaran dan input mengenai jabatan terbabit.

“Selesai urusan di pejabat, saya bersama beberapa pegawai turun meninjau keadaan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya.

“Tinjauan itu bagi mendapatkan maklum balas dari petugas kesihatan dan pesakit yang ingin dapatkan rawatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook tengah malam tadi.

Dr Zaliha berkata, peluang itu juga dimanfaatkan untuk melawat wad separa kritikal dan tambahan yang disediakan.

“Segala maklum balas diterima pada malam ini akan dibawa kepada bahagian yang berkenaan di KKM (Kementerian Kesihatan) bagi mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, KKM sedang berusaha menyelesaikan masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kerajaan.

Menerusi kenyataannya, Dr Zaliha berkata, lawatan pegawai KKM ke Jabatan Kecemasan dan Trauma di sebuah hospital besar yang sibuk pada Januari lalu mendapati, berlaku kesesakan kerana pesakit sepatutnya dimasukkan ke wad masih terperangkap di jabatan itu.

Pada masa sama, beliau berkata, KKM sedang merangka pelan dan perancangan sistematik bagi menyelesaikan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, sekali gus terus memberikan perkhidmatan efisien kepada rakyat.

Usaha itu, katanya, bagi memastikan servis diberikan sektor lain di kementerian berkenaan adalah berkesan.

Antara usaha itu, ujarnya, KKM sedang melihat kepada semua data terkini, audit dan penyelidikan berkaitan bebanan tugas serta isu kesesakan Jabatan Kecemasan dan Trauma di seluruh negara, khususnya di hospital berpakar.

Menurutnya, usaha itu bagi membolehkan KKM mengenal pasti punca dan masalah terkini dihadapi jabatan berkenaan.

Kesesakan di jabatan itu, katanya, kini kembali tercetus, selepas situasi COVID-19 dilihat kian reda, apabila pesakit bukan terdiri daripada kes pandemik terbabit turut memenuhinya.

Jelasnya, KKM secara konsisten berusaha mengatasi masalah kesesakan itu menerusi perbincangan dan memohon keperluan dana serta kakitangan tambahan daripada agensi pusat, bagi menangani masalah peruntukan, kekurangan kakitangan, peralatan serta infrastruktur. - Getaran, 8 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Ditempatkan Di Rumah Transit Khamis Ini - Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Stigma, Diskriminasi Halang Akses Rawatan, Penjagaan Kesihatan Mental

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nisbah Satu Penderma Organ Kepada Sejuta Populasi Bakal Dicapai Dalam Masa Terdekat

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran