Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Anwar Gesa Subjek Peradaban Islam Dikaji, Ditambah Baik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 2:06PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa subjek peradaban Islam yang menjadi sebahagian daripada sukatan mata pelajaran di negara ini, dikaji semula dan ditambah baik. 

Perdana Menteri berkata, langkah itu sejajar dengan usaha membendung tindakan segelintir pihak yang memiliki kecenderungan untuk ‘menunggang agama’. 

“Cadangan daripada sarjana utama, iaitu kurikulum mata pelajaran peradaban Islam itu harus dilihat dan dikaji semula supaya betul-betul (agar ia) memberi kefahaman lebih mendalam dengan mesej Islam, tentunya soal nilai, akhlak serta kemanusiaan yang universal. Jadi ini saya rasakan perlu diberi perhatian. 

“Pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman lebih mendalam berdasarkan Al-Quran, sunnah dan ulama muktabar, di samping kupasan itu mesti dihujah dan jika perlu teguran pembetulan, ini yang dikatakan tradisi ilmu pelajaran secara kritis,” katanya. 

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei ‘Knowledge, Tradition and Civilization: Essays In Honour Of Professor Osman Bakar’ di sini hari ini. 

Buku itu adalah koleksi himpunan esei diterbitkan sebagai penghormatan kepada pencapaian seumur hidup tokoh akademik, Profesor Emeritus Datuk Osman Bakar. 

Osman ialah antara 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia. 

Esei di dalam buku tersebut disumbangkan tokoh terkemuka dan aktivis intelektual, antaranya Anwar sendiri serta Profesor Pengajian Islam terkemuka di Universiti George Washington, Amerika Syarikat (AS), Profesor Seyyed Hossein Nasr. 

Malah, buku berkenaan memuatkan esei Profesor Agama, Hal Ehwal Antarabangsa dan Pengajian Islam di Universiti Georgetown, Profesor John Esposito. - Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 4 hari yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

3

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

4

Semasa 5 hari yang lalu

Kerajaan Pantau Rapat Situasi Di Iran - Anwar

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 23 jam yang lalu

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib