Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Tidak Akan Kompromi Provokasi Agama - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 1:16PM

Anwar Ibrahim - Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia tidak akan bertolak ansur atau berkompromi terhadap sebarang provokasi agama, termasuk tindakan membakar mana-mana kitab suci.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa komited dalam menghormati hak setiap individu untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing. 

“Saya berpendapat, adalah penting kita meluahkan pendirian tegas kita dalam perkara ini.

“Presiden Turkiye, Racep Tayyip Erdogan dilihat memimpin kecaman terhadap tindakan provokasi ini dan saya menyokong tindakan beliau,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei ‘Knowledge, Tradition and Civilization: Essays In Honour Of Professor Osman Bakar’ di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Islamofobia pemimpin parti politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludin yang membakar senaskhah Al-Quran, baru-baru ini. 

Ditanya berhubung rancangan Dewan Ulama PAS Pusat menganjurkan satu himpunan solidariti bagi bantahan penghinaan tersebut esok, Anwar berpendapat, ia dilihat agak lewat. 

Beliau berkata, kerajaan sudah membuat bantahan terhadap penghinaan itu dan menghubungi Duta Sweden bagi menyatakan pendirian Malaysia dengan jelas. 

“Mereka (PAS) ada hak untuk buat demikian. Tiada isu mengenai protes (yang akan diadakan esok oleh PAS), mereka harus tunjukkan pandangan mereka. 

“Jika PAS mahu lakukan begitu, mereka boleh lakukan tapi kerajaan sudah buat perkara itu serta menghubungi Duta Sweden dan nyatakan dengan jelas pendirian Malaysia. 

“Kenyataan kita amat tegas tapi mereka (PAS) agak terlewat untuk nyatakan pendirian,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

2

Politik 4 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 3 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk