Berita Terkini

10 jam yang lalu: Shamala letak jawatan Timbalan Presiden MHC 11 jam yang lalu: Peruntukan mengenai sebarang perolehan aset baharu hanya diketahui ketika Belanjawan 2023 11 jam yang lalu: Penyerang Colombia berusia 34 tahun, taruhan terbaharu Selangor FC 11 jam yang lalu: Risiko banjir kilat di 3 negeri dalam tempoh 12 jam 11 jam yang lalu: Kerajaan luluskan peruntukan RM10.5 juta serta merta untuk bina tiga pam air dan rumah pam di Mersing bagi atasi masalah banjir - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Sepatutnya Menteri Faham Kebimbangan Rakyat, Bukan Suruh Jaga Hati Pelancong China

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 9:48PM

ARMADA BERSATU menggesa kerajaan menangguhkan kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu, bagi mengelakkan peningkatan kes jangkitan COVID-19, seperti yang berlaku pada 2020. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU menganggap langkah diambil Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini, masih tidak mencukupi bagi menghalang penyebaran virus COVID-19 daripada pelancong negara luar, termasuk China.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, justeru kerajaan digesa menangguhkan kemasukan pelancong dari negara berkenaan buat sementara waktu, bagi mengelakkan peningkatan kes jangkitan COVID-19, seperti yang berlaku pada 2020.

Malah, menurutnya, tindakan segera perlu dilakukan, terutama membabitkan sekatan pergerakan individu yang tiba dari republik berkenaan ke Malaysia. 

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

“ARMADA menyokong tindakan KKM untuk memperkukuh langkah berhadapan lonjakan COVID-19, termasuklah mengasing dan menguji penumpang bergejala, melakukan pemeriksaan rawak air kumbahan pesawat dan melaksanakan ujian RTK dan PCR kepada penumpang positif, namun tindakan itu tidak mencukupi. 

“Kami mahu tindakan pencegahan lebih ketat. Kerajaan mesti menghalang kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu, sehinggalah kes harian di negara berkenaan menurun,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, gesaannya itu selari dengan kenyataan Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis yang mahu negara mengambil pengajaran daripada gelombang pertama dan kedua COVID-19, sehingga ‘meranapkan’ industri pelancongan pada 2020. 

“Kerajaan wajib mengambil pengajaran daripada kesilapan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Febuari 2020 yang lambat menyekat kemasukan pelancong dari negara berisiko.

“Kesilapan kerajaan ketika itu mengakibatkan kematian ribuan rakyat dan kemusnahan ekonomi sampai sekarang masih belum pulih. Kita mahu kepentingan rakyat diutamakan, berbanding hal lain dalam soal ancaman COVID-19 kini,” katanya. 

Wan Ahmad Fahysal menegaskan, beberapa negara, antaranya Jepun dan Amerika Syarikat (AS) mula menyekat kehadiran pelancong China.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Machang itu berkata, pelbagai media antarabangsa juga melaporkan kebimbangan terhadap situasi meruncing dihadapi China.

Katanya, ia termasuk Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang mengarahkan jumlah penerbangan dihadkan di empat lapangan terbang utama dengan pelancong dari negara berisiko, wajib menunjukkan keputusan sebelum dibenarkan masuk.

Amerika Syarikat pula, ujarnya, sedang dalam proses menyekat kemasukan pelancong dari China atas sebab kesihatan awam, manakala Turki mewajibkan pelancong dari negara tembok besar itu mengambil ujian COVID-19 sebelum berlepas. 

“United Kingdom dan Perancis memantau sampel COVID-19 secara rawak terhadap penumpang dari negara berisiko,” katanya. 

Sementara itu, mengulas perkara berbeza, Wan Ahmad Fahysal berkata, tidak seharusnya Menteri Pelancongan, Tiong King Sing menasihatkan rakyat agar berhati-hati dalam memberi komen di media sosial mengenai isu kemasukan pelancong China ke Malaysia. 

Jelasnya, kerajaan sepatutnya memandang serius kebimbangan diluahkan masyarakat, berikutan ketakutan mereka untuk menghadapi peningkatan kes COVID-19, sehingga menyebabkan pergerakan akan disekat dan pelbagai sektor ekonomi terpaksa ditutup. 

“Jangan salahkan rakyat wahai Menteri Pelancongan. Kami hanya meluahkan rasa bimbang teramat kerana tampak ada tanda jelas boleh memudaratkan rakyat. Varian baharu ini boleh timbulkan gelombang lebih berbahaya. 

“Jangan ambil mudah ancaman ini, biarlah pengalaman lalu jadi pengajaran. Bak kata pepatah Melayu, ‘kera di hutan di susukan, anak di rumah kelaparan’, jangan kerana ingin menjaga hati negara luar yang rosak dan hancur adalah rakyat sendiri,” katanya.

Terdahulu, King Sing berkata, orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika meluahkan komen di media sosial demi memastikan hubungan persahabatan antara Malaysia dan China tidak terjejas

Malah, katanya, ia penting bagi mengelak wujud persepsi dalam kalangan pelancong China yang merasakan kedatangan mereka tidak dialukan ke negara ini.

Ujarnya, sebarang persoalan atau keraguan berhubung isu itu perlulah disuarakan mengikut saluran betul. - Getaran, 2 Januari 2023.

Sorotan

1

Digantung UMNO: Hishammuddin Luah Rasa, ‘Kezaliman Mereka Tidak Akan Menghapuskan Kebaikan Kita’

2

‘Saya Rela Dipecat Kerana Tak Mahu Bersekongkol Dengan Pemimpin Menguburkan UMNO’ - Noh

3

Dipecat Keahlian UMNO: ‘Saya Tak Kecewa…’ - Khairy

Disyorkan untuk anda

Politik 12 minit yang lalu

Pemecatan, Penggantungan Pemimpin Jalan Terbaik Stabilkan Semula UMNO Hadapi 6 PRN

oleh Susan Albert

Semasa 11 jam yang lalu

Stadium Perlu Beri Manfaat Kepada Komuniti, Bukan Hanya Untuk Bola Sepak

oleh Saktesh Subramaniam

Politik 17 jam yang lalu

Lebih Banyak Kotoran Akan Timbul Di Bawah Pimpinan Zahid - Annuar

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Beting Patinggi Ali Milik Malaysia, Tidak Iktiraf Sebarang Tuntutan - MINDEF