web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasukan SAR Hampir Putus Asa Mencari Mangsa Terakhir - Bomba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 5:55PM

Pasukan SAR telah berulang kali mencari mangsa terakhir di sektor A dan hampir putus asa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Hampir berputus asa dan hilang harapan, itulah yang dirasakan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang masih gagal menemukan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, meskipun pencarian memasuki hari kesembilan pagi semalam.

Namun dengan sisa-sisa tekad yang masih ada, meskipun merasakan peluang menemukan mangsa agak tipis kerana sudah melakukan penggalian di semua sektor runtuhan tanah, akhirnya mangsa berjaya juga ditemukan pada waktu petang hari kesembilan pencarian itu.

Mayat mangsa terakhir iaitu kanak-kanak lelaki itu, ditemukan dalam keadaan tertelungkup di dalam beg tidur dengan kedalaman tanah 1.5 meter di sektor A pada 4.53 petang semalam.

Menceritakan detik berkenaan, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata mereka hampir berputus asa dan merasakan harapan tipis mencari mangsa kerana pasukan SAR telah berulang kali mencari mangsa terakhir itu di sektor A.

“Kami berulang kali mencari dan menggali di sektor A namun tidak menemukan sebarang mangsa, tetapi pada hari pertama (16 Disember) bapa dan kakak kepada mangsa terakhir itu ditemukan di sektor A.

“Kami percaya mangsa terakhir berada di sektor A kerana bapa dan kakaknya ditemukan di situ. Kami menyerahkan segala urusan dan tawakal kepada Allah,” katanya kepada Bernama di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), di sini.

Hafisham berkata pada petang hari kesembilan pencarian itu, bomba melalui hasil perkongsian bersama agensi penyelamat lain menerima maklumat, menyatakan terdapat sejenis cairan yang pelik di kawasan pencarian sektor A.

“Apabila bomba menggali, terdapat mayat seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan telungkup dalam beg tidur.

“Mangsa terakhir adalah paling sukar kerana kami sudah membuat penggalian ulangan (di situ), tapi dengan izin Allah akhirnya kami menemukan sekujur tubuh,” katanya.

Sementara itu, Hafisham berkata paling mencabar dalam operasi SAR berkenaan adalah apabila anggota penyelamat terpaksa menggali tanah sedalam tujuh meter, untuk mengambil empat mayat sekeluarga.

“Kesemua mereka ditemukan dalam keadaan bergulung dengan khemah serta perkakasan-perkakasan peralatan khemah.

“Saya mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana operasi SAR berjalan dengan lancar dan berterima kasih kepada anggota-anggota penyelamat lain yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama hari ini mendapati Pos Kawalan Tempat Kejadian telah ditutup pada 12 tengah hari tadi dan anggota-anggota penyelamat mula mengemas dan membuka khemah masing-masing.

Selain itu, kerja-kerja teknikal di PKTK masih diteruskan seperti biasa, dengan beberapa jentera berat seperti jengkaut masih berada di lokasi pencarian.

Dalam tragedi pada awal 16 Disember, seramai 92 mangsa terlibat dengan 21 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan mangsa. 

Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu sektor B dan 10 lagi di sektor C.

Kawasan SAR yang dibahagikan kepada tiga sektor pencarian iaitu sektor A (hill view), sektor B (farm view), sektor C (river side) itu, melibatkan kekuatan melebihi 250 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi serta khidmat unit anjing pengesan (K9) selain penggunaan jentera berat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja