Berita Terkini

12 jam yang lalu: Malaysia kecam penindasan berterusan Israel ke atas warga Palestin 12 jam yang lalu: Perincian kos Stadium Shah Alam dibuat pada hujung Feb atau Mac - MB Selangor 12 jam yang lalu: Sarawak catat hasil RM11.9 bilion bagi 2022 - Abang Johari 12 jam yang lalu: Thaipusam: Dua juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves, jalan ditutup 12 jam yang lalu: Cerun runtuh: Jalan Persiaran Senawang 3 ditutup sementara - JKR

IKUTI KAMI


Raja Muda Selangor Tinjau Operasi SAR Mangsa Tragedi Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 12:13PM

Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat ke lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan turun padang bagi meninjau sendiri perkembangan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini hari ini.

Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit dan diberikan taklimat mengenai operasi SAR tersebut oleh Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis di bilik gerakan operasi.

Terdahulu, operasi SAR 12 lagi mangsa yang belum ditemui disambung semula 8 pagi tadi.

Insiden sekitar 2.42 pagi Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.

Setakat tengah malam tadi, 12 orang dilaporkan masih hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu. - Bernama

Sorotan

1

LHDN Dapat Penghakiman Terus Saman Cukai RM1.8 Bilion Terhadap Bapa Jho Low

2

Malaysia Kecam Penindasan Berterusan Israel Ke Atas Warga Palestin

3

Penganalisis Politik Terkenal Dilantik Ketua Pengarah J-KOM, 'Saya Terima Tanggungjawab…'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Cadang Usahakan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Moden - Ahmad Maslan

Sukan 1 hari yang lalu

RTM, Astro Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2023

oleh Fitri Nizam

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Sepanyol Tolak Rayuan ‘Waris’ Sulu

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia MADANI Bukan Retorik, Ia Fasa 'Tadarruj' - Shamsul Iskandar

oleh Farhana Farush