Berita Terkini

23 minit yang lalu: Zambry dan rakan sejawatan dari Gambia sahkan komitmen perkukuh hubungan bilateral 24 minit yang lalu: KPM ambil tindakan pemulihan interim bagi aplikasi MOEIS dan idME 24 minit yang lalu: Mekanisme subsidi bersasar beri sokongan kepada fiskal Malaysia - Rafizi 7 jam yang lalu: UMNO pecat Khairy, Noh Omar manakala gantung keahlian Hishamuddin, Sharil Sufian selama enam tahun - Ahmad Maslan 7 jam yang lalu: UMNO lantik Khaled Nordin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu - Ahmad Maslan

IKUTI KAMI


PDRM Nafi Beri Kebenaran Perhimpunan Solidariti Tuntutan Bersasar KWSP 2.0

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 11:16AM

Polis tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan apa-apa perhimpunan solidariti seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan memberi sebarang persetujuan atau kebenaran bagi Perhimpunan Solidariti Tuntutan Bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0.

Menurut satu kenyataan PDRM hari ini perhimpunan berkenaan adalah anjuran Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIR) yang akan diadakan pada 7.30 pagi, Isnin ini di pintu masuk Parlimen.

“Poster berkenaan telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook di pautan https://www.facebook.com/AzmieBugis01/posts/pfbid0G9t1zGsftaDQdgUvbNNeH83xJZLEEzMBfq7FHWLZooxmP42pAJ3qA41jynnEN6Uql dan tular di media sosial,” katanya.

PDRM menjelaskan bahawa pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan apa-apa perhimpunan solidariti itu seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang selain meminta mereka sentiasa merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat sahih. - Bernama

Sorotan

1

UMNO Pecat KJ, Noh, Gantung Keahlian 4 Pemimpin Kanan

2

Penipuan Pekerjaan: Kemboja Mohon Maklumat Disalur Melalui PDRM, Kedutaan

3

Biden Utus Surat Ucap Tahniah Buat Anwar, Hargai Demokrasi Malaysia

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Nekad Berpisah - Rexy

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Tidak Putar Belit, Ia Kenyataan Bertulis SPRM’

oleh Aiman Sadiq

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Dialog, ‘Ketaksuban, Jenayah Terhadap Islam Mesti Dihenti Segera’ – Kementerian Luar

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Dengar Permohonan Semakan Kehakiman Pemilik Kelab Komedi 23 Mei