web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Itu Bukan Saya’, DJ Dave Nafi Minta Pinjam Wang Menerusi Whatsapp

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 7:00AM

DJ Dave - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) yang juga penyanyi popular tempatan, Datuk DJ Dave menafikan bahawa beliau ada memohon untuk meminjam wang daripada kenalan dan mana-mana individu melalui aplikasi Whatsapp.

Menurutnya, susulan perbuatan tidak bertanggungjawab dilakukan ‘scammer’ itu, beliau menerima lebih 200 panggilan telefon dan mesej daripada kenalan rapat serta individu berhubung perkara itu, semalam.

“Sahabat semua, ingin saya maklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang menyamar sebagai saya, menggunakan gambar profil ‘Whatsapp’ saya, (memaklumkan) kononnya untuk meminjam wang daripada anda.

“Harap berhati-hati,” katanya.

DJ Dave berkata, menerusi panggilan dan mesej diterimanya, mereka memaklumkan hampir terkena taktik ‘scammer’ itu.

“Sebelum ini, saya ada mendengar dari sahabat-sahabat mengenai ‘scammer’ ini, tapi tidak sangka terjadi pada saya hari ini.

“Terkejut saya kerana gambar digunakan itu sememangnya gambar profil saya. Jadi, saya terus tukar ke gambar lain,” ujarnya.

Pada masa sama, DJ Dave berkata, beliau sudah membuat laporan polis berkenaan perkara itu dan mengharapkan kes sedemikian tidak berlaku lagi kepada dirinya atau orang lain.

“Ingin saya tegaskan sekali lagi, bahawa saya tidak terlibat dan sekiranya masih ada yang menerima hantaran Whatsapp berkenaan, silalah hubungi saya terus atau pengurus saya.

“Anda juga boleh semak di status Whatsapp saya,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, petang semalam, ‘scammer’ terbabit bertindak ‘hack’ (menggodam) Telegram beliau menggunakan nombornya daripada aplikasi terbabit.

“Pihak ‘scammer’ ini menghantar mesej kepada semua kontak (saya) di aplikasi tersebut.

“Saya minta agar semua berjaga-jaga dengan taktik ini. Terima kasih,” katanya. - Getaran, 4 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cybersecurity Keluar Amaran Aktiviti Menyamar, Tipu Melalui Akaun WhatsApp 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad