Berita Terkini

14 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Lelaki Mengamuk Gara-Gara Gagal Jawab Ujian Lesen E-hailing

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 8:47PM

Sabit yang dipercayai digunakan oleh seorang lelaki ketika mengamuk di sebuah syarikat e-hailing, semalam. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Gara-gara gagal menjawab ujian mendapatkan lesen kenderaan e-hailing, seorang lelaki mengamuk di pejabat syarikat berkenaan di Sungai Way dekat Petaling Jaya, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu mengamuk bersenjatakan sabit dalam kejadian jam 3.40 petang sebelum dimaklumkan kepada polis.

Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid
Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, hasil siasatan mendapati suspek mengalami tekanan perasaan selepas gagal ujian bagi mendapatkan lesen tersebut.

“Semasa kejadian suspek yang memegang sebilah sabit bersaiz 14 sentimeter panjang bertindak merosakkan harta milik syarikat tersebut.

“Dalam kejadian itu, tiada individu dilaporkan cedera dan pihak polis bertindak menahan suspek di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad Fakhruddin, suspek mengaku terlibat dalam kes yang sama selepas disoal siasat.

Katanya, suspek telah dibawa ke mahkamah Petaling Jaya dan dibenarkan ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran 25 November 2022

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei

Politik 3 jam yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Direman Seminggu