Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


 RM 13.4 Juta Diperuntuk Bagi Projek Tebatan Banjir Di Selangor

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 8:43PM

Projek tebatan banjir bernilai RM13.4 juta akan melibatkan lembangan Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Selangor. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan melaksanakan projek tebatan banjir bernilai RM13.4 juta membabitkan tiga lembangan sungai utama di negeri ini pada tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek itu melibatkan lembangan Sungai Klang menerusi peruntukan RM6.26 juta, Sungai Langat (RM5.67 juta) dan Sungai Selangor (RM1.52 juta).

“Sebanyak 24 peratus daripada peruntukan yang dipohon adalah bagi pelaksanaan projek tebatan banjir. Pada tahun 2023, agihan peruntukan mengikut lembangan sungai untuk memastikan keberkesanan dalam pengurusan yang merangkumi pelaksanaan kajian, reka bentuk dan juga projek fizikal bagi pembangunan projek terbabit di seluruh Selangor. 

“Projek tebatan banjir perlu dilaksanakan segera terutamanya di lembangan Sungai Klang dan Sungai Langat. Selain itu, ia juga akan dilaksanakan secara sinergi dengan projek di bawah peruntukan Persekutuan bagi mendapatkan keberkesanan lebih holistik dalam menangani isu banjir di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. - Gambar Bernama
Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. - Gambar Bernama

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM7.9 juta pada tahun hadapan bagi pelaksanaan Program Bekalan Makanan Negeri Selangor untuk memastikan ia pada tahap selamat.

Menurut beliau, usaha tersebut mengambil kira pengalaman negeri itu semasa pandemik COVID-19 dan perubahan cuaca tidak menentu ketika ini.

“Perbelanjaan itu juga bagi meningkatkan pendapatan usahawan tani dan amalan pertanian lestari menerusi lima dasar Pelan Transformasi Agro Selangor atau PeTA.

“Sebanyak RM1.2 juta disalurkan untuk melaksanakan pertanian bernilai tinggi, konsep pertanian Revolusi 4.0 (RM2 juta) dan melonjakkan potensi usahawan tani belia (RM3 juta).

“Kerajaan negeri akan mempergiat pemasaran produk pertanian dengan peruntukan RM1.2 juta dan RM500,000 untuk program agro pelancongan,” katanya.

Jelasnya, Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri juga akan ditubuhkan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi bagi memastikan semua inisiatif berjalan lancar.

“Kerajaan negeri juga menyokong Jabatan Pertanian Selangor dengan menyalurkan RM11 juta untuk produktiviti tanaman, pemindahan teknologi dan menaik taraf kemudahan agromakanan,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata, dana bagi kesihatan awam juga meningkat kepada RM65.6 juta tahun ini bagi memenuhi aspek pencegahan dan rawatan.

Menurut beliau, pihaknya memberi perhatian serius terhadap aspek kesihatan rakyat dan sentiasa berusaha menambah peruntukan bagi sektor itu setiap tahun.

“Kerajaan negeri bersyukur kerana saban tahun Selangor menunjukkan kemajuan signifikan melalui peningkatan dana kesihatan awam daripada keseluruhan pembangunan.

“(Jumlah ini meningkat) daripada 4.7 peratus pada 2020 kepada 5.1 peratus pada 2021 dan 5.8 peratus pada 2022. Kesihatan rakyat adalah aset paling berharga serta bernilai buat negara serta menjadi tunjang kepada kekuatan ekonomi, terutama dalam merangsang guna tenaga dan produktiviti,” katanya. - Getaran, 25 November 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

Semasa 13 jam yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Semasa 4 jam yang lalu

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib