Berita Terkini

13 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Sebulan Setengah Gaji

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 7:10PM

Amirudin Shari mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan setengah gaji kepada penjawat awam Selangor yang dibayar pada 29 Disember ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Penjawat awam di Selangor bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan setengah gaji yang dibayar pada 29 Disember ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu sebagai menghargai usaha serta komitmen penjawat awam yang bersama-sama memastikan penyampaian perkhidmatan cekap dan berkesan.

“Sukacitanya saya mengumumkan BKK tahun 2022 kepada semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di pentadbiran kerajaan Selangor, termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan Persekutuan sebanyak dua bulan setengah.

“Bantuan itu kali pertama sebanyak satu bulan gaji, minimum RM1,000.00 telah dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Bagi kali kedua, insentif satu bulan gaji, minimum RM1,000.00 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM37.63 juta yang akan dibayar pada 29 Disember ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Bagi pembayaran terakhir sebanyak setengah bulan gaji, Amirudin berkata, ia akan mula dibayar pada Februari tahun depan.

“Ia bagi meringankan beban penjawat menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan Mac 2023. 

“Pemberian BKK ini dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian BKK yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM),” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan elaun ketua kampung tradisi, ketua kampung baru serta ketua komuniti India dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan mulai tahun depan.

Menurut beliau, golongan itu adalah jentera pentadbiran akar umbi yang membantu menyampaikan maklumat dan memastikan kesejahteraan penduduk kampung serta masyarakat setempat.

“Kenaikan tersebut berikutan bebanan tugas, kos sara hidup serta cabaran yang semakin rumit dihadapi mereka di kawasan masing-masing terutama sewaktu bencana dan endemik.

“Kerajaan negeri memperuntuk tambahan RM1.843 juta bagi tahun 2023 untuk kenaikan kadar elaun itu, demi mendorong ketua kampung dan komuniti terlibat meningkatkan kualiti perkhidmatan sekali gus melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan berkesan dan penuh integriti,” katanya.

Sementara itu, Amirudin turut mengumumkan seramai 2,825 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini akan menerima manfaat apabila elaun bulanan mereka dinaikkan kepada RM1,500 mulai Januari tahun depan.

Katanya, kenaikan sebanyak RM150 melibatkan dana RM4.8 juta bagi menghargai peranan mereka membentuk pelajar ke arah kehidupan seimbang dunia dan akhirat.

“Inisiatif kepada warga pendidik ini disifatkan sebagai pelaburan yang berbaloi kepada Pendidikan Islam Selangor kerana melahirkan generasi masa depan yang berilmu dan beragama,” katanya.

“Seramai 32 penyelia KAFA seluruh negeri bakal menerima insentif khas RM100 sebulan dengan implikasi kewangan RM38,400 setahun agar ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat dan motivasi mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik dalam pengurusan KAFA Selangor,” katanya. - Getaran, 25 November 2022

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurangan Pencemaran, Penggunaan Plastik Tanggungjawab Semua Pihak

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 11 jam yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 11 jam yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar