Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Cakna, Fahami Aspirasi Belia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 7:00AM

Ismail Sabri pernah menyandang portfolio Menteri Belia dan Sukan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sebagai pemimpin yang cakna dan memahami aspirasi serta denyut nadi golongan belia di negara ini.

Ia diakui beberapa pemimpin belia yang mengatakan Ismail Sabri komited membangunkan golongan muda tersebut, terutama dari sudut kemahiran, termasuk melibatkan ‘upskilling’ (meningkatkan kemahiran).

Setiausaha Agung Pergerakan Belia 4B, Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata, Ismail Sabri juga adalah pemimpin yang memenuhi aspirasi belia dengan latar belakangnya yang berkait rapat dengan golongan itu, malah pernah menyandang portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Mohamad Nazri Abdul Latiff
Mohamad Nazri Abdul Latiff

“Hari ini, belia di Malaysia mengetahui bahawa Ismail Sabri adalah seorang yang cakna dan memahami mereka itu bagaimana, apa dimahukan serta impian masa depan golongan berkenaan,” katanya kepada Getaran.

Mohamad Nazri berkata, usaha itu boleh dilihat menerusi pemberian bantuan kepada mahasiswa, selain program e-dompet, ePemula yang bernilai RM200.

Jelasnya, Perdana Menteri juga dikenali pemimpin berjiwa rakyat dan sentiasa memahami serta mendengar kehendak mereka, khususnya belia.

Sehubungan itu, beliau berkata, Gerakan Belia 4B mendukung Ismail Sabri untuk kembali dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sudah pasti kami mendukung penuh Ismail Sabri diangkat menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan semestinya beliau meraih sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk meneruskan agenda, khususnya Bajet 2023 yang saya fikir amat penting untuk rakyat.

“Ini kerana pada 2023, mungkin keadaan negara lebih mencabar,” katanya.

Pemimpin belia, Mohd Alif Anas Md Noor turut memberi pandangan senada bahawa Ismail Sabri adalah seorang pemimpin dan negarawan yang begitu memahami permasalahan serta keperluan belia.

Keprihatinan itu, katanya, diterjemahkan melalui pembentangan Bajet 2023 yang turut menyaksikan banyak faedah dan bantuan diumumkan untuk golongan berkenaan.

“Kalau kita nampak, dari segi pendidikan, kesemua pelajar daripada golongan berpendapatan B40 dan M40, diberikan pinjaman penuh untuk melanjutkan pengajian tinggi.

“Ini adalah satu bentuk manifestasi kerajaan ditunjukkan Perdana Menteri untuk menyokong golongan belia, khususnya mereka yang mahu melanjutkan pengajian tanpa sebarang halangan,” katanya.

Dalam masa sama, menerusi Bajet 2023, ujarnya, Ismail Sabri memberi fokus kepada pencari kerja dan aspek masa depan belia, termasuk melalui peruntukan RM305 juta bagi pinjaman khas untuk usahawan dalam kalangan golongan itu.

Alif Anas berkata, usaha Perdana Menteri itu adalah untuk melahirkan lebih banyak golongan belia yang menceburi keusahawanan.

“Kita melihat Perdana Menteri menerusi Bajet 2023 memperkenalkan skim TEKUN Mobilepreneur, iaitu pembiayaan modal untuk anak muda dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal dengan peruntukan RM10 juta.

“Jadi, ini menunjukkan bahawa kepimpinan Perdana Menteri memberikan lebih banyak peluang dan ruang, selain mendengar serta menghayati isu dihadapi belia pada hari ini,” katanya. - Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Inapan Rahmah @IYCResidence Tawar Sewa RM10 Sehari Kepada Belia, Pencari Kerja

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Fadillah Saran Belia Dalam Sektor Perladangan Lakukan Penyelidikan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Semasa 1 hari yang lalu

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

‘Banyak Agensi Haji Dan Umrah Beroperasi Tanpa Lesen’ - PAPUH

oleh Alfian Z.M. Tahir

Semasa 15 jam yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan