Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Malaysia Masih Mempunyai 54 Peratus Kawasan Hutan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 9:19AM

Ismail Sabri Yaakob tiba bagi menyampaikan ucapan pada Debat Umum sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi Ke-77 di Ibu Pejabat PBB pada Jumaat. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Ketika dunia berhadapan dengan perubahan iklim yang serius dan pengurangan ketara hutan belantara akibat pembangunan, Malaysia masih mempunyai 54 peratus kawasan hutan di seluruh negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin peratusan itu akan bertambah berikutan langkah penghutanan semula  yang agresif oleh Malaysia.

Beliau berkata sebagai satu daripada hanya 17 negara yang memiliki kepelbagaian-bio di dunia, Malaysia sedar akan tanggungjawab untuk mempertahankan dan memelihara sumber asli kepada generasi yang bakal mewarisi dunia.

"Semasa Sidang Kemuncak Bumi pada 1992, Malaysia telahpun berikrar untuk mempertahankan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan hutannya," kata Perdana Menteri semasa menyampaikan Kenyataan Negara pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 di sini, Jumaat.

Beliau berkata perubahan iklim merupakan masalah sejagat yang melibatkan seluruh dunia, sambil memberi pengalaman Malaysia sendiri yang dilanda banjir paling serius dalam sejarah sehingga mengakibatkan kerugian dianggarkan mencecah US$1.4 bilion (RM6.1 bilion) tahun lepas.

Malapetaka itu menyebabkan ramai terkorban dan hampir 100,000 lagi terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara, kata Ismail Sabri. 

"Situasi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di beberapa negara lain. Jelas sekali, langkah-langkah mitigasi dan adaptasi perlu diteruskan," katanya.

Keadaan ini memperkuatkan lagi hakikat bahawa negara maju memikul tanggungjawab untuk meningkatkan bantuan kepada negara membangun, dengan memenuhi komitmen menyediakan peruntukan US$100 bilion setahun tanpa syarat. 

"Ini dapat merealisasikan tindakan terhadap perubahan iklim yang sepatutnya dilaksanakan sejak 2020," kata Perdana Menteri, yang mengulangi komitmen Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab dan peranannya bagi memastikan pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar. 

Dalam konteks ini, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Malaysia, kata Ismail Sabri, yang memberi contoh seperti langkah memperkenalkan standard Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) untuk memenuhi keperluan bagi tujuan pembangunan mapan dalam industri kelapa sawit.

Beliau berkata Malaysia juga komited untuk mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau, sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

“Dalam hal ini, Malaysia meletakkan sasaran bagi mencapai 31 peratus penggunaan tenaga boleh diperbaharui, menjelang 2025. Malaysia juga komited untuk mencapai status negara sifar pelepasan Gas Rumah Hijau seawal 2050,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

oleh Rafisqi Radhi