Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


COVID: 32.8 Peratus Kes Baharu Sarawak Disebabkan BA.5

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 2:25PM

Subvarian BA.5 COVID-19 dikesan menyumbang 32.8 peratus atau satu pertiga daripada kes positif COVID-19 Sarawak sejak Jun dan seterusnya - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Subvarian BA.5 COVID-19 dikesan menyumbang 32.8 peratus atau satu pertiga daripada kes positif COVID-19 Sarawak sejak Jun dan seterusnya, menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengarah IHCM UNIMAS Prof Dr David Perera mendedahkan perkara itu dalam laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini hari ini.

Dr Perera berkata dari 3 April hingga 13 Julai tahun ini, sebanyak 165 sampel diperoleh di seluruh negeri itu telah berjaya dijujukan dan kesemuanya dikesan sebagai Varian Omicron Membimbangkan B.1.1.529 (VOC).

Beliau berkata daripada sampel itu, sejumlah 121 dikesan sebagai beberapa sub-keturunan kecil BA.2, satu kes dan pertama kali melaporkan pengesanan BA.4 dan 43 sampel BA.5.

“Walaupun BA.2 VOC terus menjadi subvarian yang dikesan utama dalam tempoh pengawasan ini, peningkatan pantas dalam pengesanan BA.5 VOC turut dipantau.

"Dari awal Jun dan seterusnya, kira-kira satu pertiga (32.8 peratus) daripada semua pengesanan adalah subvarian ini (BA.5),” katanya.

Dr Perera menambah pemerhatian di Sarawak ini adalah konsisten dengan jangkitan global Omicron VOC yang menyaksikan peningkatan ketara kadar penularan di banyak negara. 

“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan risiko peningkatan kadar jangkitan di negeri ini.

“Sila pertimbangkan untuk mendapatkan dos penggalak jika anda masih belum melakukannya terutama bagi individu yang mempunyai komorbiditi dan mereka yang berumur 50 tahun ke atas,” tambah beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Serangan KK Mart Berterusan: KK Mart Kuching Mangsa Ketiga

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Semasa 20 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid