Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Hasanah Bebas Sepenuhnya Tuduhan Pecah Amanah RM50.4 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 1:11PM

Hasanah Ab Hamid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah wang harta kerajaan berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain dipetik Sinar Harian sebagai berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati adalah tidak adil untuk membiarkan pertuduhan terhadap Hasanah tergantung lebih dari setahun.

Menurut beliau, keadilan tidak dilaksanakan dengan cara sedemikian.

“Menurut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah, mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

“Pihak pendakwaan tidak lagi mempunyai keinginan untuk meneruskan kes, maka mahkamah mempunyai kuasa memberikan perintah dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Pada 12 April lalu, Hasanah dilepas tanpa dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan itu.

Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan perkara itu selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap wanita berkenaan.

Pada 25 Oktober 2018, Hasanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, melakukan pecah amanah wang berjumlah RM50.4 juta milik kerajaan Malaysia.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan JPM, Kompleks JPM, Putrajaya di antara 30 April dan 9 Mei 2018.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bekas Pembantu Tadbir Didakwa Lakukan Pengubahan Wang Haram, Pecah Amanah RM15 Juta

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pecah Amanah, Ubah Wang Haram Lebih RM9 Juta

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Dana 1MDB: Pendakwaan Dibenar Pinda 3 Pertuduhan Terhadap Najib

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Karut, Jho Low Tidak Pernah Masak Pasta Untuk Keluarga Saya - Zeti 

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan

Luar Negara 3 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sukan 7 jam yang lalu

Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran