Berita Terkini

2 jam yang lalu: OECD turunkan unjuran pertumbuhan global, beri amaran kemelesetan di Eropah 2 jam yang lalu: Shafee nafi Najib terima layanan istimewa 3 jam yang lalu: NGO gesa kerajaan Laos bantu selamatkan rakyat Malaysia jadi mangsa sindiket penipuan 3 jam yang lalu: Air pasang besar: Orang ramai dinasihat elak pantai sekitar Kuala Langat 3 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kebenaran merayu penduduk Orang Asli

IKUTI KAMI


Pemasangan Pagar Di Padang Merbok Diragui, ‘Harapkan Pagar, Pagar Halang Ragbi’

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 7:00AM

Fahmi (kiri) dan Hannah turun meninjau keadaan Padan Merbok. - Gambar dari Twitter Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemasangan pagar di sekeliling Padang Merbok oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersifat kekal, bukannya struktur sementara seperti didakwa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, Jalaluddin menerusi satu balasan tweet kepada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh memaklumkan bahawa pemasangan pagar itu bukan binaan kekal.

Menurut beliau, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan kerana padang tersebut merupakan hak milik warga ibu kota dan pembinaan pagar setinggi kira-kira lima kaki itu jelas menghalang masyarakat menggunakan fasiliti terbabit.

“Bila kami (bersama Hannah) turun hari ini (semalam), jawapan Timbalan Menteri beri kepada Hannah tiga hari lalu berbeza sedikit. Beliau maklumkan ia hanya sementara untuk kerja naik taraf, tapi bila sampai pagar itu nampak kekal dan kos membina pagar itu mesti mahal.

“Kalau bersifat kekal, mengapa tempat penonton diletakkan di luar pagar itu. Banyak perkara mengelirukan. Ketika kami terserempak dengan seorang pemain ragbi amatur dari Lembah Pantai, dia mengadu ramai marah sebab tiada notis kerja menaik taraf di padang tersebut,” katanya kepada Getaran.

Jelas Fahmi, pemasangan pagar itu juga diragui memandangkan di sini tidak terdapat banyak padang untuk orang ramai menjalankan aktiviti riadah.

“Itulah sebab kami meminta penjelasan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan sebenarnya apa projek ini, berapa pula kosnya ataupun seperti Yang Berhormat (YB) Hannah tanya, adakah ia bersangkut paut dengan beberapa siri protes yang bermula di Padang Merbok.

“Justeru, selepas melihat padang itu, kami balik dengan pelbagai persoalan seperti kata pemain ragbi tersebut, iaitu harapkan pagar, pagar halang ragbi. Jadi keadaan itu agak mengecewakan,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berpendapat bahawa tiada keperluan untuk pagar itu dibina secara kekal dan menyifatkan kos digunakan untuk menaik taraf prasarana di sekitar kawasan Padang Merbok agak tinggi.

“Kalau dilihat dari satu sudut, ada tiang gol ragbi di situ reka bentuknya tidak menepati aktiviti yang dilakukan di kawasan tersebut. Tidak dipasang apa-apa jaring, jika bola ditendang keluar menyebabkan (jarak) untuk mengambilnya semula agak jauh.

“Perkara kecil seperti ini menimbulkan kerisauan, mengapa projek itu diluluskan. Jadi kita minta penjelasan jika nak buat pagar itu maklum pada umum. Bagaimana proses menyewanya, berapa kos keseluruhan?” soalnya.

Tegasnya lagi, tindakan itu menyukarkan orang ramai khususnya pemain ragbi untuk beriadah dan mereka mula mempersoalkan status padang tersebut.

“Lantaran itu, jangan biarkan rakyat iaitu pembayar cukai di ibu kota dilayan sedemikian rupa,” katanya.

Sementara itu, sumber DBKL memaklumkan pagar terbabit dipasang bagi menghalang orang ramai memasuki padang tersebut disebabkan kerja naik taraf landskap lembut sedang dijalankan.

“Kerja memasang pintu pagar, perimeter anti panjat dan menaiktaraf landskap lembut sedang dilakukan di Padang Merbok.

“Kerja menaik taraf padang itu dibuat pada 21 April dan dijadualkan siap 30 Jun lalu, namun terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat beberapa permasalahan dan isu teknikal yang berlaku,” katanya.

Sumber bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu. - Getaran, 7 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kurangkan Jenayah Scammer, Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Proaktif

2

Semasa 1 minggu yang lalu

DBKL Rancang Bina ‘Flood Wall’ Atasi Banjir Kilat Di Ibu Negara

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Pengarah DBKL Menangis Selepas Kali Kedua Bebas Tuduhan Rasuah

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRU-15: Rundingan Kerusi PH Dijangka Selesai Oktober Depan

Sorotan

1

Shafee Nafi Najib Terima Layanan Istimewa

2

Ulama Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

3

2 Beranak Maut Kemalangan Motosikal Selepas Langgar Ayam Hutan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nikmati Dim Sum Enak Sampai Kenyang di Table Talk

oleh Rahayu MN

Semasa 1 hari yang lalu

Tindakan Susulan Kes MH17 Hanya Dibuat Selepas Keputusan Mahkamah Belanda - PM

Politik 9 jam yang lalu

Saravanan, Berhentilah Salahkan Orang Lain, Kami Berjuang Untuk Kepentingan Semua - DAP

oleh Sophia Ahmad

Sukan 6 jam yang lalu

Mana 'Hilangnya' Mohamadou Sumareh?