Berita Terkini

1 jam yang lalu: OECD turunkan unjuran pertumbuhan global, beri amaran kemelesetan di Eropah 1 jam yang lalu: Shafee nafi Najib terima layanan istimewa 2 jam yang lalu: NGO gesa kerajaan Laos bantu selamatkan rakyat Malaysia jadi mangsa sindiket penipuan 2 jam yang lalu: Air pasang besar: Orang ramai dinasihat elak pantai sekitar Kuala Langat 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kebenaran merayu penduduk Orang Asli

IKUTI KAMI


Piket: Penunggang Beri Komen ‘Mencuit Hati’ Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 10:09PM

Piket dinamakan ‘Food Delivery Blackout’ yang dianjurkan semalam menerima reaksi pelbagai. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Piket dinamakan ‘Food Delivery Blackout’ dianjurkan semalam, menyaksikan pelbagai komen mencuit hati di kalangan penunggang penghantaran yang membantah rancangan itu, meskipun sebilangan besar nampaknya bekerjasama atau mematuhi mogok ‘halus’ berkenaan.

Kempen besar-besaran itu menyebabkan trafik di sekitar Lembah Klang di mana lokasi protes diadakan, kelihatan pelik tanpa kelibat penghantar makanan seperti kebiasaannya.

Beberapa penunggang menyindir keputusan dibuat rakan mereka untuk tidak menyertai mogok.

Malah ada yang bersungguh-sungguh mempertahankan penunggang yang memilih untuk terus bekerja, dengan alasan mereka mungkin ada keluarga perlu ditanggung atau ada kewajipan lain perlu dipenuhi.

Pengguna dalam kumpulan Facebook dikenali sebagai "Grabfood Rider Community Malaysia" secara sinis mendakwa bahawa protes itu membenarkan penunggang lain yang meneruskan kerja penghantaran mereka untuk mencedok lebih banyak pesanan.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rider yang buat mogok semalam. Saya hara panda buat mogok lagi hari ini dan hari-hari berikutnya.

“Kerana anda mogok, job kami laju ada pick up bonus lagi. Mohon mogok lagi, please,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Zaff Zafrul berpendapat protes seperti itu tidak wajar diadakan.

Sebaliknya, dia berkata, penunggang yang tidak berpuas hati itu harus memberi tumpuan kepada pekerjaan sepenuh masa lain untuk mendapatkan pendapatan lebih baik.

Sementara itu, beberapa pengguna di Twitter berpendapat piket selama sehari tidak mencukupi untuk mencapai hasil yang diinginkan.

“Saya kebetulan melihat penunggang Grab menghantar pesanan semalam. Dia mungkin dalam dilema kerana dia hilang pendapatan jika g menyertai protes itu,” kata Arif Zakwan.

Prihatin dengan protes itu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Khaizulnizam Mohamad Zuldin semalam memaklumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong akan bertemu wakil penunggang dan pemandu p-hailing dan e-hailing pada Isnin depan.

Khaizulnizam berkata, pertemuan itu diharap akan membantu pemandu, penunggang, pengguna dan vendor mencapai situasi menang-menang.

Antara tuntutan penunggang yang melakukan piket itu adalah menjadikan pekerjaan ekonomi gig sebagai pekerjaan yang diiktiraf dan dilindungi dibawah Akta Kerja 1955.

Kerajaan juga dipohon untuk mewujudkan peraturan dan badan kawal selia bagi mengawal permasalahan teknikal yang berlaku dalam kalangan penyelia perkhidmatan serta penghantar berkaitan sistem kerja, kadar upah, komisen, harga lantai, peta digital dan jarak pesanan.

Penghantar juga menuntut penjagaan kebajikan dan perlindungan keselamatan penghantar seperti Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kelmarin, Food Delivery Blackout menggesa penunggang penghantaran berkumpul di ibu pejabat Grab Malaysia bagi menghantar mesej jelas kepada syarikat e-hailing dan kerajaan berhubung beberapa tuntutan dibuat mereka.

Dalam pada itu, Grab menafikan pihaknya mengurangkan tambang asas (base fares) bagi perkhidmatan penghantaran, sebaliknya menjelaskan kebimbangan dibangkitkan rakan kongsi penghantaran baru-baru ini adalah disebabkan gangguan (glitch) dalam sistem. 

Dalam pada itu, Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim menggesa kerajaan campur tangan dan menangani keluhan penunggang yang menurutnya, tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan 1955 walaupun menjalankan tugas mereka dalam konsep ‘master-servant’.

Wakil penunggang yang menyertai piket itu, Mohd Firdaus Abdul Hamid hadir menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada pengurusan Grab semalam. - The Vibes, 6 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Penyelewengan PenjanaKerjaya, SPRM Didesak Segera Umum Status Terkini

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaji Semula Dakwaan Akta Kerja Sebabkan Majikan Rugi, Tiada Indikasi Jelas 

3

Semasa 3 minggu yang lalu

PERKESO Kuat Kuasa Siling Gaji Baharu Untuk Caruman Mulai September

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lain Diminta, Lain Kami Dapat - PENGHANTAR

Sorotan

1

Shafee Nafi Najib Terima Layanan Istimewa

2

Ulama Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

3

2 Beranak Maut Kemalangan Motosikal Selepas Langgar Ayam Hutan

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Azizulhasni, Nicol David Dan Chong Wei Gamatkan Suasana Penutup SUKMA Ke-20

Pendidikan 1 hari yang lalu

Penggabungan Fakulti UiTM: Alumni Masscomm ‘Terguris’, Lancar Petisyen Bantah Keputusan

oleh Farhana Farush

Semasa 6 jam yang lalu

PAC Setuju Mulakan Prosiding Perolehan OPV: APMM, KDN Perlu Beri Penjelasan

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

MERHROM Puji Tindakan Berani PM Gesa Ambil Lebih Ramai Pelarian Rohingya

oleh Susan Albert