Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Projek MRT3 Dianggarkan RM50.2b

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 1:14PM

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos keseluruhan Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dianggarkan sebanyak RM50.2 bilion, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, ia melibatkan anggaran kos pembinaan sebanyai RM34.3 bilion manakala RM8.4 bilion lagi untuk kos perolehan tanah.

“Kos pengurusan projek dianggarkan berjumlah RM5.6 bilion sementara lain-lain kos RM1.9 bilion.

"Walau bagaimanapun, kos keseluruhan projek akan dimuktamadkan selepas proses tender terbuka selesai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai) yang meminta penjelasan mengenai jumlah kos pembinaan MRT3 secara terperinci.

Dalam pada itu, Fahmi turut bertanya sama ada kerajaan akan mendapatkan persetujuan Parlimen bagi pelaksanaan MRT3.

Tengku Zafrul memberitahu, kerajaan pada 4 Mac lalu telah bersetuju dengan pelaksanaan projek MRT3 yang akan melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam sedia ada di Lembah Klang.

Beliau berkata, ini dilakukan dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu, mampu milik dan cekap untuk keselesaan serta kemudahan rakyat.

"Cadangan laluan MRT3 ini adalah sekitar 51 kilometer dan mempunyai 31 stesen yang mana 10 daripadanya akan menjadi stesen pertukaran dengan lapan laluan rel sedia ada di Lembah Klang," katanya. - Getaran, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 8 bulan yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 10 bulan yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 13 jam yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Semasa 18 jam yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia