Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suami Isteri Ditemui Mati, Dipercayai Dibunuh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jul 2022 2:44PM

Pasukan forensik melakukan siasatan di sebuah rumah selepas sepasang suami isteri ditemui mati di Taman Bercham Aman, Ipoh, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sepasang suami isteri ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai dibunuh oleh seorang ahli keluarga itu sendiri di ruang tamu rumah mereka di Taman Bercham Aman di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mekanik Ng Chun Hon, 64, dan suri rumah Ooi Tin Lu yang berumur 59 tahun itu pada kira-kira pukul 8.50 pagi daripada abang kepada Chun Hon.

Beliau berkata pengadu memberitahu bahawa dia menemui adik lelaki bersama isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah semasa dia balik ke rumah itu selepas tamat bekerja.

"Pasukan polis bersama pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah ke tempat kejadian dan mendapati kedua-dua mayat ditempatkan berdekatan, tersandar pada dinding, dan mereka dipercayai mati akibat kecederaan pada bahagian kepala disebabkan senjata tajam serta objek tumpul, namun tiada senjata yang ditemukan.

"Siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan di rumah ini dan kedua-dua mereka dipercayai telah meninggal dunia malam tadi. Ibu mangsa yang berumur 90-an, uzur dan berkerusi roda, turut berada dalam rumah ketika kejadian, namun tidak diapa-apakan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Yahaya berkata polis sedang mencari adik lelaki Chun Hon yang dikenali sebagai Ng Chun Ming, 61, yang menghilangkan diri bersama kereta Proton Saga dengan nombor pendaftaran PHU 8608, bagi membantu siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penganggur dengan rekod jenayah lampau kes mendatangkan kecederaan itu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Nor Azalina Rais Ahmad dengan menelefon 0136282176 bagi membantu siasatan.

Menurutnya kedua-dua mayat telah dihantar ke HRPB untuk dibedah siasat. - Bernama

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Luar Negara 15 jam yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

Semasa 12 jam yang lalu

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Semasa 1 hari yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM