Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Bukit Aman Rekod Rampasan Dadah RM262.4 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Jul 2022 3:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bukit Aman merekodkan rampasan dadah bernilai RM262.4 juta, mencakupi 10,464.2 kilogram (kg), 2,394.91 liter cecair, 69,132.39 kg daun ketum dan 44,809.30 liter air ketum.

Bagaimanapun, angka tersebut menurun dengan ketara berbanding tempoh masa sama tahun lalu, yang mencatatkan rampasan 15,397.61 kg dadah, 5,342.63 liter cecair dadah, 148,407.57 kg daun ketum dan 54,267.57 liter air ketum membabitkan jumlah rampasan bernilai RM683.4 juta.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, jumlah kes dan tangkapan dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) meningkat berbanding tahun lalu apabila mencatatkan 69,648 kes dengan 81,706 penahanan. 

Menurut beliau, berbanding Januari hingga Jun 2021, sebanyak 55,560 kes dicatatkan, melibatkan 66,889 tangkapan.

“Semua tangkapan dibuat mengikut pelbagai seksyen kesalahan yang termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya hari ini.

Berdasarkan statistik Noorsiah berkata, JSJN berjaya membongkar enam makmal haram memproses dadah dan menahan 18 individu berbanding 10 makmal haram pada tahun sebelum, yang melibatkan penahanan 51 individu.

“Di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 pelbagai aset sindiket bernilai RM79.251 juta disita dan daripada jumlah itu, sebanyak RM9.063 juta berjaya dilucuthak.

“Untuk tempoh sama pada tahun lalu, sebanyak RM87.691 juta aset sindiket disita dengan RM8.638 juta daripadanya berjaya dilucuthak,” katanya.

Noorsiah berkata, jumlah individu yang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 bagaimanapun menunjukkan peningkatan.

“Seramai 997 individu ditahan berbanding 575 pada tahun 2021,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Suami Ugut, Dera Isteri Dengan Lilin Dicekup Polis

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Saman, Jalan di LTU Raub Akan Ditutup - KPN

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Kesan Lelaki Pukul Pemandu E-Panggilan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

2

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

3

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

4

Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

5

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

6

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

7

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: Foto Suspek Diedar Ke Pintu Masuk Negara, Pihak Berkuasa Negara Jiran

Sukan 21 jam yang lalu

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

Semasa 18 jam yang lalu

Seludup PATI: Polis Tembak Tayar Pemandu Elak Sekatan Jalan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 22 jam yang lalu

Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf