web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kabinet Bincang Pilihan Raya Berita Palsu - Annuar Musa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jul 2022 1:00PM

Annuar Musa berkata Perdana Menteri bertemu dengan Jemaah Menteri setiap minggu untuk berbincang mengenai pelbagai isu nasional, namun pilihan raya bukan sebahagian daripadanya - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa menafikan laporan yang mendakwa anggota Kabinet telah menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan pilihan raya umum (PRU) selewat-lewatnya Oktober ini, apabila inflasi dijangka memuncak.

Menyifatkannya sebagai berita palsu, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu juga menolak sebarang dakwaan bahawa perkara berkaitan PRU dibincangkan Kabinet dalam mesyuaratnya baru-baru ini.

“Tipu! Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas komunikasi, saya boleh jawab secara ringkas bahawa berita itu palsu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di sini hari ini.

Annuar menambah, Perdana Menteri bertemu dengan Jemaah Menteri setiap minggu untuk berbincang mengenai pelbagai isu nasional, namun pilihan raya bukan sebahagian daripadanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan media yang mendakwa Ismail Sabri bertemu dengan menteri-menteri baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya.

Dalam satu penulisan editorial oleh Sin Chew Daily, akhbar berkenaan mendakwa, kebanyakan menteri dan timbalan menteri berpendapat bahawa PRU mesti diadakan selewat-lewatnya pada Oktober, kerana kesan inflasi global akan dirasai sepenuhnya menjelang akhir tahun.

Laporan itu menyebut Annuar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim merupakan antara anggota Kabinet yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Menjawab soalan media, Annuar melahirkan rasa kebingungan bagaimana seseorang itu dapat meramalkan kemuncak inflasi.

"Datang dan jumpa saya, kita akan berbincang, kerana saya ingin belajar daripadanya. Jika dia dapat mengenal pasti bulan mana inflasi memuncak seperti melihat bulan semasa Hari Raya, saya ingin belajar daripadanya,” katanya, sinis.

Ismail Sabri telah mendapat tekanan daripada kepimpinan partinya untuk mempercepatkan pilihan raya bagi mengambil kesempatan terhadap kelemahan pembangkang.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri sebelum ini berkata, kini bukan masa yang sesuai untuk pilihan raya, iaitu di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup dan inflasi.

Terdapat spekulasi bahawa mesyuarat Kabinet pada hari Rabu lalu telah membincangkan berhubung pilihan raya umum. – The Vibes, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran