Berita Terkini

23 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PM Perlu Bertindak Pantas Sebelum Lebih Ramai Rakyat Kelaparan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 7:48PM

Charles Santiago - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa menggerakkan dasar konkrit, termasuk melaksanakan beberapa program bantuan kepada golongan memerlukan, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Beliau berkata, program tersebut antaranya mengagihkan wang tunai RM250 kepada keluarga miskin, memulakan program makan tengah hari di sekolah dan memperkenalkan dasar fokus kemiskinan lain yang boleh membantu komuniti berpendapatan rendah (B40).

Menurutnya, pemberian tunai tambahan menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), iaitu RM100 untuk isi rumah dilihat tidak dapat membantu keluarga miskin, khususnya dengan kenaikan harga barangan ketika ini.

Beliau turut mengimbau kembali bagaimana seorang ibu tunggal datang ke pejabatnya baru-baru ini, selepas benar-benar berputus asa kerana tiada wang untuk makan bagi diri dan empat anaknya.

“Dengan kenaikan harga barang, ibu tunggal tersebut tidak mampu memberi makan kepada keluarganya dengan wang diberikan kerajaan itu. Tidak sampai seminggu pun. Begitu juga mana-mana keluarga B40 dengan isi rumah empat orang,” katanya menerusi kenyataan.

Charles berkata, negara sedang berdepan tiga masalah, iaitu kehilangan pekerjaan dan pendapatan susulan pandemik COVID-19, kesan daripada banjir hujung tahun lalu dan kini, harga makanan melambung tinggi.

Menurutnya, satu kajian oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati, banyak keluarga di negara ini, tidak mampu untuk makan jumlah hidangan sama seperti dinikmati mereka sebelum kehilangan pendapatan.

“Golongan miskin tidak mempunyai simpanan lagi, namun kerajaan tiada penyelesaian menyeluruh, berbanding Singapura yang membentangkan pakej ekonomi SG$1.5 bilion (RM4.7 bilion) untuk memerangi inflasi,” katanya.

Charles menambah, pada 2019, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merekodkan sebanyak 900,000 rakyat Malaysia kelaparan dan pada tahun sama, Bank Dunia mengenal pasti tiga daripada 10 rakyat negara ini, tidak mempunyai wang mencukupi bagi membeli makanan.

“Sebanyak 52 peratus isi rumah hidup di flat kos rendah di Kuala Lumpur, tidak mempunyai duit cukup untuk makanan.

“Oleh itu, Ismail Sabri perlu bertindak pantas sebelum lebih ramai rakyat Malaysia kelaparan setiap hari,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei

Semasa 4 jam yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Semasa 1 jam yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 17 minit yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy