Berita Terkini

9 minit yang lalu: JDT benam PJ CITY 4-0, kukuh kedudukan teratas liga 11 minit yang lalu: Japan jadi hos kepada sidang kemuncak G-7 di Hiroshima pada 19-21 Mei, 2023 15 minit yang lalu: Pastikan kesahihan terlebih dahulu jika ditawarkan visa Furada - Idris 16 minit yang lalu: Kepentingan untuk tingkat hak pengguna syarikat penerbangan amat kritikal - Wee Ka Siong 17 minit yang lalu: Aidiladha: Terengganu beri insentif RM100 kepada penternak ruminan

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Tunda Projek Mewah, Salur Kewangan Teruskan Subsidi Rakyat

Semasa Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 8:20PM

Persatuan Penjaja dan Peniaga mahu kerajaan melaksanakan satu garis panduan bagaimana untuk membantu peniaga kecil mendapatkan subsidi yang telah dihentikan itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menunda terlebih dahulu pelaksanaan projek besar dan menggunakan peruntukan pembinaan itu untuk meneruskan pemberian subsidi ayam, telur ayam serta minyak masak botol kepada rakyat, tegas Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Presidennya, Profesor Datuk Dr N Marimuthu berkata, menerusi langkah tersebut, kewangan itu dapat digunakan untuk memastikan bekalan barangan dalam negara cukup dan harga tidak melambung naik.

Dr N Marimuthu
Dr N Marimuthu

“Keputusan (pemansuhan subsidi) ini, tidak memanfaatkan sebab tidak masuk akal. Sebab dua tahun rakyat sudah susah. Mereka baru hendak mula menguruskan kehidupan mereka secara terperinci, tiba-tiba kerajaan buat keputusan.

“Kerajaan boleh tunda projek mewah dan menyalurkan subsidi ini kepada kehidupan kita seharian. Sekurang-kurangnya untuk memastikan rakyat hidup dengan selesa untuk sementara.

“Kerajaan tidak patut lepas tangan sebab kita pilih kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat, bukan untuk menyusahkan rakyat,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata, berkuat kuasa 1 Julai ini, kerajaan tidak akan meneruskan subsidi kepada penternak ayam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkata, subsidi minyak masak kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) dimansuhkan bermula Julai.

Tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dalam jangka masa panjang, sekali gus menstabilkan harga barangan.

N Marimuthu berkata kerajaan perlu ada perancangan dalam isu sekuriti makanan dan tidak boleh membuat keputusan begitu sahaja secara huru-hara dan menyusahkan rakyat. - Gambar oleh Syeda Imran
N Marimuthu berkata kerajaan perlu ada perancangan dalam isu sekuriti makanan dan tidak boleh membuat keputusan begitu sahaja secara huru-hara dan menyusahkan rakyat. - Gambar oleh Syeda Imran

Dalam pada itu, Marimuthu menambah, kerajaan sudah menunjukkan kegagalannya untuk mengadakan perancangan jangka masa panjang dalam isu seperti sekuriti makanan.

“Kamu (kerajaan) hendak mengimport dari luar, importlah. Tetapi kamu perlu ada perancangan, kamu tidak boleh membuat keputusan begitu sahaja secara huru-hara dan menyusahkan rakyat,” katanya.

Sebaliknya, tambah beliau, negara memerlukan dasar pertanian mapan, namun apa dilihat, tanah pertanian kira-kira seluas 800,000 hektar di Malaysia didakwa terbiar.

Menurut beliau, kerajaan perlu menolong dan menyokong semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pertanian, tetapi perkara itu tidak berlaku.

“Mereka (PKS pertanian) terpaksa pergi kepada orang tengah dan membuat pinjaman serta ini memberi kesusahan kepada diri mereka sendiri.

“Jadi, semua dasar dan polisi dibuat kerajaan tidak betul serta tidak tepat, tetapi mereka hendak menyalahkan pengguna buat apa?,” soalnya.

Nadzim Johan - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Nadzim Johan - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, langkah kerajaan memansuhkan subsidi pastinya akan memberi kesan kepada pengguna yang terpaksa berdepan peningkatan harga barang.

Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme terbaik bagi pemberian subsidi agar ia dapat memberi manfaat sebaiknya kepada rakyat memerlukan.

Beliau berpandangan, sistem pengagihan subsidi bahan api dilaksanakan ketika ini perlu ditambah baik agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada golongan berkenaan.

“Contohnya, anda pakai minyak kereta, itu disubsidi pihak kerajaan. Dan subsidi itu untuk orang pakai motor tidak banyak mana kan? Kalau orang pakai Rolls Royce, Mercedes dan BMW itu banyaklah pakai subsidi.

“Subsidi setiap tahun berjumlah puluhan bilion. Sampai ada satu masa ada sampai RM30 bilion. Kenapa tidak potong itu juga?,” soalnya yang mencadangkan kerajaan memilih mekanisme pengagihan subsidi secara bersasar.

Bagi Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Ampang, Ayob Abd Majid, golongan penjaja sedia terkesan  dengan bebanan kos sara hidup, susulan penularan pandemik COVID-19 selama lebih dua tahun sebelum ini.

Jelasnya, baru sahaja golongan penjaja terbabit mahu menarik sedikit nafas lega ketika ini, kerajaan pula mengumumkan pemansuhan subsidi barangan keperluan yang dilihat akan lebih merumitkan dan tidak menyelesaikan masalah golongan tersebut.

Ayob menggesa kerajaan meneruskan pemberian subsidi tersebut dan mencari kaedah terbaik untuk mengagihkannya kepada golongan peniaga kecil secara lebih bersasar. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Ayob menggesa kerajaan meneruskan pemberian subsidi tersebut dan mencari kaedah terbaik untuk mengagihkannya kepada golongan peniaga kecil secara lebih bersasar. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

“Ramai peniaga terkesan dengan kenaikan harga ayam dan barangan sebelum ini dan sekarang pula pada 1 Julai sudah mula subsidi ditarik balik. Jadi langkah tersebut amat menjejaskan kami peniaga kecil dan rakyat berpendapatan rendah (B40).

“Saya rasa bukan sahaja B40, malah banyak golongan akan terjejas selepas ia berkuat kuasa, termasuk peniaga apabila tidak boleh menaikkan harga makanan mereka jual. Ini kerana pelanggan akan mengadu, lari dan tidak membeli jika kita menaikkan harga makanan,” katanya.

Ayob berkata, kerajaan perlu meneruskan pemberian subsidi tersebut dan mencari kaedah terbaik untuk mengagihkannya kepada golongan peniaga kecil secara lebih bersasar.

“Kerajaan mungkin ada alasan tertentu dari segi ekonomi, tetapi kena ada satu garis panduan bagaimana untuk membantu peniaga kecil mendapatkan subsidi tersebut,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, pihaknya akan terus memainkan peranan dalam memberi input kepada kerajaan bagi mencari mekanisme terbaik untuk membantu rakyat.

Jelasnya, sesi dialog akan dijalankan untuk mencari kaedah terbaik dalam mengurus sistem apungan tersebut supaya rakyat Malaysia tidak tertekan dengan pemansuhan subsidi terbabit. - Getaran, 23 Jun 2022

Sorotan

1

Polis Yakin Tumpas Kumpulan ‘Tiger’ Susulan Rampasan Koleksi Senapang Dalam Reban

2

Adakah Kerajaan Takut Dengan Video TikTok, Rasa Kedudukan Terancam?

3

Digelar ‘Hawkeye Malaysia’, Lakonan Fattah Amin Sebagai Awang Dipuji Netizen

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Tajuddin Boleh Sertai PAS Bila-Bila Masa - Takiyuddin

Semasa 1 hari yang lalu

5 Pelajar Ditahan, 'Champion' Curi Honda EX5

oleh Fitri Nizam

Semasa 13 jam yang lalu

Tun Mahathir Cakap UMNO Tiada Masa Depan, UMNO Sudah Mati - Zahid

Politik 1 hari yang lalu

Pencipta Kleptokrat, Kluster Mahkamah Dalam UMNO Tolak Perpaduan MN - Wan Saiful

oleh Susan Albert