Berita Terkini

1 jam yang lalu: Lelaki bersenjata cuba ceroboh pejabat FBI di Cincinnati ditembak mati 1 jam yang lalu: Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025 1 jam yang lalu: Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat 1 jam yang lalu: Tingkatkan peruntukan jumlah pemilikan rumah PPR kepada golongan OKU - Ras Adiba 4 jam yang lalu: Ekonomi Malaysia tumbuh lebih kukuh pada 8.9 peratus bagi suku kedua - BNM

IKUTI KAMI


Ubat Antiviral Paxlovid Diperluas Ke Hospital, Klinik Swasta Dan Hospital Pengajar

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 5:18PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ubat antiviral Paxlovid bagi merawat COVID-19 yang sebelum ini digunakan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan, akan diperluas ke hospital dan klinik swasta serta hospital pengajar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Kita setuju agihkan (ubat antiviral Paxlovid) kepada hospital swasta, klinik swasta dan hospital pengajar supaya penggunaannya dapat diperluaskan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Khairy berkata setakat ini, 405 pesakit COVID-19 telah diberikan ubat berkenaan dan kesemua mereka telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu.

“Ubat ini diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi… mungkin kumpulan yang akan terima ubat ini akan dibesarkan,” katanya.

Pada Khamis lepas (12 Mei), Khairy memaklumkan seramai 173 pesakit COVID-19 yang diberikan ubat antiviral Paxlovid telah sembuh sepenuhnya dan tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan hingga 9 Mei lepas.

Penggunaan ubat antiviral itu bagi merawat pesakit COVID-19 telah dimulakan sejak 15 April lepas di 512 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di klinik kesihatan dan 78 hospital kerajaan.

Mengenai peningkatan kes COVID-19 ketika ini, beliau berkata perkara tersebut adalah dalam jangkaan KKM berikutan peningkatan pergerakan orang ramai terutama ketika sambutan Aidilfitri.

“Secara keseluruhan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) hari ini telah turun kepada 1.04 dan kadar kematian setiap hari adalah satu angka.

“Kemasukan ke hospital meningkat 55 peratus adalah kategori 1 dan 2 melibatkan mereka yang ada komorbid. Dari segi jangkitan, ada peningkatan kes COVID-19 adalah sesuatu yang dijangka,” katanya.

Beliau berkata gelombang jangkitan COVID-19 yang tidak menentu ketika negara dalam Fasa Peralihan ke Endemik adalah sesuatu yang diramal.

“Jangkitan akan ada pasang surut dan bagi KKM, kita akan lihat keseriusan kes dan bukannya bilangan kes.

“Jika kes banyak tetapi keseriusan kurang, ini bermakna kita boleh hidup dengan virus itu.

“Sekiranya ada varian baharu yang cepat merebak, mungkin kita akan ambil tindakan berbeza,” katanya.

Semalam, dilaporkan bilangan kes baharu COVID-19 di negara ini bagi minggu epidemiologi (ME) ke-19 (8 Mei hingga 14 Mei) meningkat sebanyak 119.2 peratus iaitu kepada 19,137 kes, berbanding 8,732 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-18).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menyaksikan kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,475,873 kes dengan 29,762 kes aktif. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

COVID: 32.8 Peratus Kes Baharu Sarawak Disebabkan BA.5

2

Semasa 2 hari yang lalu

Jangkitan COVID-19 Kembali Melebihi 3,000 Kes, 12 Kematian

3

Semasa 4 hari yang lalu

Jangkitan COVID-19 Kembali Menurun, 6 Kematian

4

Semasa 5 hari yang lalu

COVID-19: Kes Harian Meningkat 4,684, Kematian 11

Sorotan

1

Keselamatan Sistem Pembayaran Negara Kekal Terjamin - Bank Negara

2

Bekalan Air 397 Kawasan Terjejas Pulih Sepenuhnya Malam Nanti

3

“Andai Tak Cukup ‘Handphone’ Kerana Susah Nak Dihubungi, Saya Sudi Hadiahkan Satu” – Datuk Adi Putra

Disyorkan untuk anda

Sukan 7 jam yang lalu

Malaysia Tuan Rumah Kelayakan Dunia Piala Asia Baseball5 Pertama

Semasa 1 jam yang lalu

Gaduh Ketika Bermain Futsal, Pelajar Tingkatan 5 Ditahan

oleh Fitri Nizam

Semasa 8 jam yang lalu

600 Pelajar Buat Persembahan Formasi Di Dataran Merdeka Pada Hari Kebangsaan

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Takkan Bergerak Solo, Pasti Wujud Kerjasama Jika Mahu Dominasi Kerajaan