Berita Terkini

2 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengundi Muda Perlu Lebih Cakna, Celik Sistem Demokrasi Berparlimen - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 3:18PM

Ismail Sabri mahu pengundi muda lebih celik dan cakna mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengundi muda diharap lebih celik dan cakna tentang sistem demokrasi berparlimen serta peranan mereka, serentak dengan pelaksanaan Undi18.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan belia diharapkan dapat meningkatkan jati diri sebagai warganegara dengan menjalankan tanggungjawab untuk tampil mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

"Pada 12 Mac lalu, negara mencipta sejarah baharu apabila golongan belia julung kalinya diberi hak dan mandat untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor, yang mencatat peningkatan kira-kira 28 peratus pengundi dengan penambahan hampir 750,000 pengundi berusia 18 tahun ke atas.

"Ia termasuk dalam keseluruhan 2.6 juta pengundi berdaftar susulan pendaftaran automatik Undi18," katanya dalam perutusan sempena Hari Belia Negara (HBN) 2022 bertemakan ‘Ini Masa Kita’ yang disiarkan secara langsung hari ini.

Perdana Menteri berkata, jumlah pengundi belia berusia antara 21 ke 40 tahun pada 2020 ialah 6.2 juta iaitu 40.8 peratus daripada keseluruhan 15.3 juta pengundi berdaftar.

“Penglibatan anak muda yang dilihat semakin meningkat dalam arena politik negara merupakan petanda positif serta perlu dikembangkan lebih meluas.

“Pelaksanaan pindaan akta itu dapat meramaikan pemimpin belia berumur di bawah 30 tahun, seterusnya memberi ruang kepada golongan itu untuk mengasah bakat kepimpinan dan mencari pengalaman sebanyak mungkin menerusi ruang yang ditinggalkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Ismail Sabri berkata, kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan tujuh kategori baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara tahun ini.

Jelasnya , inisiatif itu dilaksana dengan tujuan menyuntik semangat golongan belia untuk terus menyumbang bakti kepada pembangunan negara.

"Tujuh anugerah baharu yang diperkenalkan termasuk Ikon Belia Karismatik, Ikon belia Kelestarian Alam, Ikon Belia Reka Tekno dan Ikon Belia Influencer (Media Sosial).

"Turut diperkenalkan Ikon Belia Sanjungan Budi, Ikon Youth-Biz serta Ikon Belia OKU," tambahnya.

Menurut Ismail Sabri, Anugerah Perdana Belia Negara akan dilaksanakan dalam majlis khusus bermula tahun ini.

"Saya juga berbesar hati mengumumkan bermula tahun ini, ia akan dilaksanakan dalam majlis khusus penuh gemilang, menggunakan logo tetap sambutan HBN, sebagai komitmen kerajaan mengiktiraf pelaksanaan program yang meraikan golongan belia negara," ujarnya. - Getaran, 15 Mei 2022.

Sorotan

1

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

2

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

3

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

4

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Sukan 4 jam yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan