Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Anak Muda Perlu 'Ugut' Pemimpin Wujudkan Akta Pendanaan Politik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 3:12PM

Pendanaan politik yang tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya kegiatan rasuah dalam negara justeru ISMA mahu Akta Pendanaan Politik diwujudkan segera. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Generasi muda digesa memberi tekanan berterusan kepada pemimpin dan semua parti politik di negara ini sebagai isyarat jelas untuk mewujudkan Akta Pendanaan Politik pada kadar segera. 

Setiausaha Agung Pemuda Ikatan Muslimin (ISMA), Luqman Abd Hamid berkata, pendanaan politik yang tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya kegiatan rasuah dalam negara.

“Banyak syarikat ketika ini dikaitkan dengan sejumlah besar parti politik. Kita juga turut melihat ramai kepimpinan yang berbakat namun akhirnya terbantut serta tidak dapat dilahirkan. 

"Perkara terbabit terjadi disebabkan ia berlawan dengan kuasa wang semasa pengundian parti mahupun ketika pilihan raya umum (PRU)," katanya, hari ini. 

Terdahulu, kumpulan sembilan Ahli Parlimen bersama seorang ahli Dewan Rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta kerajaan menyatakan status terkini Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik.

Kumpulan yang dikenali sebagai Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) itu menerusi kenyataan. meminta penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

KRPPM yang ditubuhkan pada 20 April lalu menegaskan, penjelasan berkenaan penting untuk kumpulan berkenaan mengetahui dan memahami perkara yang dibincangkan sebelum ini supaya dapat memberikan cadangan baharu.

Kumpulan itu juga menegaskan, masyarakat berhak untuk mengetahui komitmen kerajaan mempertingkat ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem politik negara kerana ia amat penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jelas KRPPM, pembaharuan dalam pendanaan politik menjadi antara tunjang dalam usaha transformasi politik Malaysia dan ia adalah langkah penting dalam perjuangan memerangi rasuah serta membasmi penyalahgunaan dana awam.

Menurut kumpulan berkenaan, usaha untuk memperkenalkan perundangan mengenai pendanaan politik bermula pada 2008 dengan diterajui Transparency International-Malaysia (TI-M) dan pada 2015, satu lagi usaha dilakukan kumpulan G25 bersama-sama kira-kira 70 NGO.

Lantaran itu, Luqman berkata, adalah menjadi keperluan untuk anak muda memberi bayangan dengan memberi ugutan menolak pemimpin sekiranya akta terbabit tidak direalisasikan. 

"Golongan muda perlu memberi tekanan dan isyarat jelas bahawa mereka tidak akan undi parti atau calon yang tidak mahu mewujudkan akta pendanaan politik. 

"Malah, anak muda juga perlu menolak mana-mana ahli politik atau pemimpin yang mempunyai rekod di mahkamah,” katanya.

Beliau menarik perhatian, punca lain yang menyebabkan berlakunya rasuah di Malaysia adalah hubungan tidak sihat antara tiga pihak berkepentingan. 

"Pihak yang dimaksudkan itu merupakan elit politik, pegawai birokrasi dan pemain-pemain ekonomi.

"Hubungan ketiga-tiga pihak tersebut telah membentuk persefahaman semata-mata untuk memenuhi kehendak masing-masing," katanya. 

Sebanyak 116 buah negara dikenal pasti menyediakan pendanaan kepada parti politik. 

Di Malaysia, selain menentukan had perbelanjaan calon semasa kempen pilihan raya, tidak ada peraturan jelas tentang sumbangan dan perbelanjaan politik, malah mereka boleh mendapatkan sebanyak mungkin dana dari dalam serta luar negara.

Perkara itu menimbulkan persoalan sama ada dana ini diperolehi secara sah menurut undang-undang atau melibatkan jenayah kewangan terancang yang menjurus kepada rasuah.

Penggubalan Akta Pendanaan Politik pada pasca PRU-14 hampir menjadi kenyataan  namun, ia tidak dibawa pada sidang Oktober 2019 seperti yang dinyatakan. - Getaran, 15 Mei 2022.

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Sukan 11 jam yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Luar Negara 1 hari yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Semasa 1 hari yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif