Berita Terkini

1 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Cuai Khatan: Pemuda Peroleh Ganti Rugi Berjumlah RM3.1 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda berumur 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lepas, memperoleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia dan empat lagi.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa kesemua defendan telah melakukan kecuaian terhadap keadaan yang dialami oleh pemuda itu selaku plaintif.

Beliau berkata mahkamah membenarkan ganti rugi khas seperti yang dinyatakan dalam pliding iaitu RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh kesemua defendan.

Akhtar membuat keputusan itu dalam prosiding dalam talian menerusi aplikasi Zoom yang turut disertai peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar bagi pihak plaintif dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy yang mewakili defendan.

Seramai tiga saksi plaintif dan lima saksi defendan memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 22 Sept 2020.

Mohamad Zainuddin dan Saravanan ketika dihubungi pemberita mengesahkan keputusan hari ini.

Saravanan bagaimanapun berkata pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut sama ada mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada 20 Februari 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan defendan untuk membatalkan saman itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Februari 2020 mengarahkan kes itu dibicarakan selepas membenarkan rayuan plaintif untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 19 Julai 2018, plaintif memfailkan saman menerusinya ibunya dan mendakwa proses berkhatan pada 13 Disember 2010 adalah tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila keseluruhan kepala alat sulitnya dipotong menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal apabila kemaluannya tidak dapat disambung semula.

Akibat kecacatan kekal itu, plaintif yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 5 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis