web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Maut, 3 Cedera, Selepas Kereta Dinaiki Terbabas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 11:05AM

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Slim Lama di Tanjung Malim malam tadi. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ketika melalui Jalan Slim Lama di Tanjung Malim malam tadi.

Kemalangan itu mengakibatkan Muhamad Faris Amran, 20, yang tercampak keluar daripada kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Syed Umar Syazrim Syed Hashim, 22, disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River.

Ketua Polis Daerah Muallim, Suptritendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata dua lagi penumpang berusia 20 dan 23 tahun mengalami kecederaan ringan, dan pemandu berumur 22 tahun yang mengalami luka di bahagian muka, kaki dan tangan, kini menerima rawatan lanjut di hospital sama.

Anggota Bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Slim Lama di Tanjung Malim malam tadi.
Anggota Bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Slim Lama di Tanjung Malim malam tadi.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan kereta Proton Wira Aeroback dinaiki lima lelaki menghala ke Behrang 2020 itu pada kira-kira pukul 12.10 tengah malam, dan semasa kejadian, jalan di lokasi kemalangan agak gelap, di samping keadaannya basah selepas hujan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki itu hilang kawalan dan terbabas lalu terlanggar tiang lampu, sebelum terbabas ke seberang jalan, di arah bertentangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim bergegas ke lokasi ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat sejurus selepas menerima panggilan pada pukul 12.22 tengah malam.

"Pasukan bomba membuat kerja mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dan seorang mangsa yang maut di tempat kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 12 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad