Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Jho Low Dan Bapa Dihalang Lupus Aset US$1.03 Bilion Dan US$401.5 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 8:42PM

Jho Low - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan satu anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau ‘Jho Low’, melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah US$1.03 bilion.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh media menerusi sistem kehakiman, bapa Jho Low Tan Sri Larry Low Hock Peng, turut dihalang daripada mengalihkan, melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah  US$401.5 juta.

Keputusan itu dibuat Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz dalam prosiding dalam talian semalam, selepas membenarkan permohonan injunksi mareva ex-parte (sebelah pihak) yang dipohon 1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited), yang merupakan plaintif pertama dan kelima dalam kes saman 1MDB terhadap Jho Low, bapanya serta beberapa individu lain.

Injunksi mareva adalah perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara kes sedang berjalan.

Injunksi tersebut juga mengehadkan Jho Low dan bapanya mengeluarkan wang tidak melebihi RM20,000 sebulan setiap seorang, yang diperlukan mereka untuk perbelanjaan sara hidup serta perbelanjaan guaman.

Sekiranya mereka memerlukan lebih daripada jumlah tersebut, mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversified.

Perintah itu juga menyatakan, Jho Low dan bapanya mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung aset mereka, masing-masing pada nilai US$1.03 bilion dan US$401.5 juta sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.

Mereka hendaklah memberikan nilai, lokasi serta segala maklumat aset dan maklumat itu perlu disahkan melalui suatu afidavit, dan disampaikan kepada peguam plaintif pertama dan kelima dalam masa empat belas hari selepas perintah tersebut disampaikan kepada peguam mewakili dua beranak berkenaan.

Jika keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti aset-aset Jho Low di negara ini melebihi jumlah US$1.03 bilion, beliau boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada US$1.03 bilion, manakala bapanya tidak kurang daripada US$401.5 juta.

Perintah tersebut juga menyatakan bahawa mana-mana individu dalam prosiding ini atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah, di mana mereka boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.

Perintah itu berkuat kuasa sehingga mahkamah mendengar permohonan injunksi inter-parte (dua pihak) pada 29 Mac.

Seorang peguam Tetuan Skrine yang mewakili 1MDB ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah itu.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya iaitu Global Diversified, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited, memfailkan saman US$3.7837 bilion terhadap Jho Low; bapanya; ibunya Puan Sri Goh Gaik Ewe; kakak Jho Low, May Lin;  adik lelakinya Taek Szen serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut US$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing US$41 juta, US$397 juta, US$608 juta dan US$1.9 bilion daripada Jho Low dan Eric serta US$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut US$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Eric serta US$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Eric.

Plaintif turut menuntut US$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta US$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Eric berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain US$25.5 juta daripada Jho Low, Eric, Hock Peng dan Taek Szen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Berkaitan Pemulihan Aset 1MDB Tidak Terperinci - Johari

4

Semasa 1 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Semasa 12 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 6 jam yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 7 jam yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran