Berita Terkini

10 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Derita Banjir 80 Tahun, Penduduk Sungai Golok Pasrah Terima Takdir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jan 2021 1:47PM

Kesan banjir di Kelantan. Gambar: ibrahimkomoo.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Secara geografi, Malaysia boleh dikatakan bertuah kerana terlindung daripada ancaman bencana alam, yang sering membawa kemusnahan besar kepada sekian banyak negara seluruh dunia, termasuk dari kalangan negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

Kedudukan Malaysia yang agak terkedalam, tetapi masa sama sedikit terkeluar dari Lingkaran Api Pasifik membuatkan bumi warisan zaman ini terlindung daripada bencana seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Sebegitu bertuah Malaysia, negara bersuhu panas dan lembap sepanjang tahun ini turut terkeluar dari kawasan angin taufan, membuatkan seluruh penduduk terhindar daripada musibah puting beliung atau taufan.

Taufan Greg yang membadai Sabah pada 26 Disember 1996 dan meragut 238 nyawa adalah antara fenomena bencana yang dianggap luar biasa pernah berlaku di Malaysia, kerana terlalu jarang siklon tropika melanda negara ini, begitu juga gempa bumi di negeri sama pada 5 Jun 2015, mengorbankan 18 mangsa.

Semua kelebihan ini bagaimanapun tidak mampu melindungi Malaysia daripada ancaman banjir yang hampir saban tahun melatari beberapa negeri di Semenanjung dan Malaysia Timur, malah ada yang berdepan masalah ini sejak negara masih dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Bagi penduduk yang mendiami kawasan berhampiran Sungai Golok di Kelantan, banjir seakan sudah menjadi denyut nadi sejak 80 tahun lalu, setiap kali paras sungai itu meningkat pada musim tengkujuh.

Membabitkan ratusan keluarga dari pelbagai kampung, antaranya Kampung Jeram Perdah, Kampung Bukit Lata dan Kampung Bagus, kediaman di daerah Rantau Panjang itu tidak pernah terlepas daripada dilanda banjir.

Mohd Rozi
Mohd Rozi

Mohd Rozi Taib, 35 berkata, rumah pusaka peninggalan kedua ibu bapanya yang terletak hanya seratus meter dari Sungai Golok tidak pernah terlepas daripada musibah itu.

Rumah pusaka itu katanya, dibina lebih 80 tahun lalu dan pernah ditenggelami air sedalam satu meter sebanyak empat kali, tahun lalu.

"Rumah ini adalah kediaman saya dan isteri, Nor Munirah Mokhtar, 34 serta tiga anak kami, berusia antara sembilan hingga dua tahun.

"Kami sudah biasa berdepan masalah ini setiap kali menjelang November iaitu permulaan musim tengkujuh," katanya kepada Getaran ketika ditemui baru-baru ini.

Mohd Rozi berkata, keadaan itu hanya reda apabila tamat musim banjir, lazimnya pada Mac, sebelum kerja-kerja pembersihan mula mengambil alih.

"Kerana sudah lali, kami akan bersiap sedia dengan langkah awal, termasuk memindahkan barangan berharga termasuk perabot ke tempat lebih tinggi, dan hanya akan dibawa turun apabila air mulai kering menjelang bulan Mac," katanya.

Demi keselamatan, Mohd Rozi sekeluarga juga akan berpindah buat sementara ke rumah kakaknya di kawasan bertanah tinggi, berikutan lokasi pusat perlindungan yang disediakan terletak jauh dari situ.

"Rumah kakak hanya satu kilometer dari kediaman kami, dan ia memudahkan saya memantau keselamatan rumah kerana bimbang dipecah masuk pihak tidak bertanggungjawab.

"Sudah ada kes seumpama itu berlaku sebelum ini, apatah lagi apabila kawasan sekitar menjadi sunyi kerana penduduk sudah berpindah ke lokasi lebih selamat," katanya.

Warga emas, Zawiah Sulung, 66 dari Kampung Bukit Lata pula berkata, banjir pada Disember 2014 yang dikenali sebagai Bah Kuning, selamanya kekal sebagai satu memori hitam dalam hidup beliau sekeluarga.

"Ketika itu paras air naik melebihi tiga meter, menyebabkan semua barangan berharga termasuk perabot dan perkakas elektrik musnah sepenuhnya.

Katanya, hujan lebat berpanjangan selama beberapa hari pada setiap musim tengkujuh adalah antara faktor yang membuatkan paras air Sungai Golok melimpah sehingga melepasi tahap bahaya.

"Fenomena ini berlaku setiap tahun, menyebabkan rumah saya yang terletak kira-kira 200 meter dari sungai terbabit sentiasa terdedah kepada musibah banjir.

"Biasanya air akan naik mendadak tetapi kami penduduk tempatan sudah terbiasa dengan situasi seperti ini," katanya, pasrah menerima hakikat itu.

Meskipun sudah acap kali berdepan keadaan itu, Zawiah tetap dibelenggu kerisauan apabila punca pendapatannya selaku peniaga di pasar Pasir Mas terputus buat beberapa ketika akibat banjir.

"Mujur ada ihsan empat anak yang sentiasa menghulurkan wang serta bantuan makanan setiap kali saya dan suami mengalami bencana ini," katanya.

Dalam hal ini, pembinaan benteng seperti dilakukan Thaikand diyakini dapat membantu mengakhiri musibah itu sekali gus menamatkan derita 80 tahun yang terpaksa ditanggung semua penduduk berkenaan.

Sudah lebih 60 tahun Malaysia merdeka, dan amat memalukan jika penduduk di sepanjang Sungai Golok perlu menanti sehingga 80 tahun lagi untuk mengakhiri musibah ini. - Getaran, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ubah Suai Meja Jadi Tempat Simpan Pistol, Lelaki Direman 6 Hari

3

Politik 1 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

Sorotan

1

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

2

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar โ€“ Saksi

3

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini โ€“ Rafizi

4

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei

5

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

6

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 25 minit yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

Sukan 21 jam yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

Semasa 10 jam yang lalu

Joseph Kurup, Pemimpin Veteran Sabah, Meninggal Dunia

oleh Fida Ruzki