Berita Terkini

1 jam yang lalu: HFMD: 105 tabika, 75 taska kendalian KEMAS ditutup 1 jam yang lalu: Cacar Monyet: Malaysia belum bercadang tutup sempadan 1 jam yang lalu: KPDNHEP mahu lebih ramai siswazah ceburi bidang francais 1 jam yang lalu: Kempen ‘meriah raya’ UDA Holdings galakkan pemilikan hartanah 1 jam yang lalu: Hamzah akan bertemu menteri dalam negeri Thailand bincang isu keselamatan negara

IKUTI KAMI


Bekas Pengetua Maahad Hadapi 15 Kes Amang Seksual Terhadap Pelajar

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 3:50PM

Azizul (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 15 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar lelakinya, tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang bekas pengetua maahad tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar lelakinya, tahun lepas.

Azizul Yahya, 30, yang memakai jubah hijau dan berkopiah putih, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut kertas pertuduhan, Azizul menghadapi 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun manakala satu pertuduhan menunjukkan video lucah kepada mangsa sama.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah maahad di Batu Gajah, di sini  antara Februari sehingga Oktober 2021 mengikut Seksyen 14(a), 14(b), 14(d) dan 15 (e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rozman tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana dikhuatiri akan mengganggu saksi-saksi kes itu.

Peguam Muhamad Shahrul Nizam Mohd Radi yang mewakili Azizul memohon supaya mahkamah membenarkan jaminan terhadap anak guamnya.

“Anak guam saya telah memberikan kerjasama baik dari awal hingga akhir siasatan polis.

“Sejak Oktober lepas hingga hari ini, anak guam saya tidak lagi bertugas di maahad tersebut.

Malah sepanjang siasatan, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung wujudnya kacau ganggu terhadap saksi,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 23 Februari untuk sebutan semula kes.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, Muhamad Shahrul Nizam berkata pihaknya akan menfailkan semakan terhadap keputusan yang tidak membenarkan jaminan terhadap anak guamnya yang belum berkahwin itu ke Mahkamah Tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Bekas Suami Ziana Zain Didenda, Hukuman Penjara Diketepi

2

Semasa 3 hari yang lalu

Ahmad Zahid Nafi Pecah Amanah Dana YAB, Pindah RM17 Juta Kerana Pegawai Cuai

3

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Pengetua Dilepas Dan Dibebas Tuduhan Amang Seksual

4

Semasa 4 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Fitnah Apandi Terhadap Lim Kit Siang

Sorotan

1

‘Phoenix’ Bukan ‘Phonix’, Khairy Selamba Tegur Moderator Ketika Siaran Langsung

2

Jawatankuasa Bersama Diwujudkan Laksana Penghantaran Pekerja Mahir Malaysia Ke Jepun

3

“Saya Jaga Yasin Semasa Episod Bipolar Itu” - Faizal Tahir 

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

Keengganan Guna Bahasa Inggeris Di Pentas Antarabangsa, Malaysia Berisiko Jadi ‘Pariah Birokrasi’ - Rafidah

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Maut Dilanggar Bas: Pemandu Ditahan, Dakwa Dipukul Orang Awam

oleh Fitri Nizam

Politik 6 jam yang lalu

Zuraida Masih Menteri Kabinet - PM

Semasa 21 jam yang lalu

Isteri Wan Junaidi Meninggal Dunia

oleh Farhana Farush