Berita Terkini

19 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PRN Johor ‘Isyarat’ Pertembungan Ahmad Zahid, Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 12:37PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri dilihat lebih bersifat sebagai pertembungan politik di antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan, UMNO secara jelas tidak mempunyai asas kukuh bagi mengadakan PRN Johor yang dijangka akan dilaksanakan Mac nanti.

Menurut beliau, ini kerana kerajaan negeri sedia ada mempunyai tempoh setahun sebelum DUN Johor dibubarkan secara automatik, yang membolehkan pemilihan dilakukan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU).

“PRN Johor ini menyaksikan rakyat menjadi mangsa akibat pertembungan politik di antara Ahmad Zahid yang telah diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi berhubung kes penyelewengan, dan berkemungkinan beliau tidak mahu PRU dilewatkan kerana merisikokan karier politiknya.

“Ismail Sabri juga sedang bersungguh-sungguh bagi membuktikan beliau berpeluang menjadi Presiden UMNO.

“Natijah PRN Johor ini akan menyebabkan PRU terus didesak untuk dilakukan segera, seiring dengan kuasa dimiliki Perdana Menteri,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar menyakini terdapat dua ‘mazhab’ saling bercakaran dalam kalangan kepimpinan UMNO ketika ini, yang jelas membuktikan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sangat terdesak bagi melaksanakan PRU dengan segera agar kes pendakwaannya dapat digugurkan.

“Sekiranya Ahmad Zahid didapati bersalah, maka beliau tidak lagi boleh bertanding dalam PRU, dan tentunya beliau sedang menjangkakan (lebih senang) Parlimen itu dibubarkan sebelum tarikh keputusan mahkamah,” katanya.

Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya turut menyangkal dakwaan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad bahawa PRN dilaksanakan kerana tidak mempunyai kestabilan politik dan bertahan sebagai kerajaan negeri hanya disebabkan ehsan pembangkang.

Shamsul Iskandar berkata, Pakatan Harapan (PH) telah memberikan kerjasama erat, termasuk menyokong Belanjawan 2022 negeri Johor, malah tidak timbul isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang akan melompat parti bagi meruntuhkan kerajaan.

“Jadi ini yang berlaku di Johor, beliau (Hasni) sendiri menyatakan kerajaan negeri hidup atas ihsan pembangkang. Pada saya perkataan itu amat tidak menunjukkan kematangan.

“Baru-baru ini pun, ketika meluluskan belanjawan negeri, Speaker, yang juga pimpinan pembangkang, terus memberikan sokongan dan pada saya itu tidak menjadi isu kepada rakyat Johor,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Negeri Perak, Junaida Jamaludin berkata, keputusan mengadakan PRN Johor membuktikan tindakan pemimpin yang membelakangkan kesusahan dan penderitaan rakyat di negeri tersebut.

Junaida Jamaludin
Junaida Jamaludin

“Pembubaran DUN Johor yang telah diumumkan baru-baru ini, sangat mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.

“Di kala rakyat sedang terkial-kial untuk bangkit dari beban pandemik COVID-19 serta bencana banjir, di kala itulah kerajaan Johor berebut kuasa.

“Dari Langkah Sheraton, pertukaran Perdana Menteri, PRN Melaka hinggalah pengumuman pembubaran DUN Johor, ia menyatakan dengan jelas kepada rakyat betapa tamak dan gila kuasa mereka ini untuk kekal berkuasa,” katanya.

Junaida menegaskan, tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha membantu rakyat agar kembali bernafas dan bukan menghabiskan jutaan ringgit bagi mengadakan PRN.

“Rakyat sangat terhimpit dengan pelbagai bebanan. Hutang rumah, kereta, hilang pekerjaan, perniagaan gulung tikar dan sebagainya.

“Kos hidup semakin tinggi apabila hampir semua harga barang di pasaran naik sehingga 300 peratus. Hal ini sepatutnya diberikan perhatian sepenuhnya untuk diselesaikan,” katanya.

Terdahulu, Hasni mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi membubarkan DUN dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran berkenaan dibuat selepas kerajaan Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.

Ini susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar pada 21 Disember lalu.

Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihan terkininya masing-masing 14 kerusi untuk UMNO dan DAP, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu), manakala PKR dan AMANAH  masing-masing tujuh dan enam kerusi. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

4

Semasa 2 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

2

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

4

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

5

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

6

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei

Semasa 1 hari yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Semasa 1 hari yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy