Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Polis Bongkar Makmal Dadah, Rampas Ketamin RM111.2 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 2:37PM

Ayob Khan (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah kilang di kawasan perindustrian di Pusing, Ipoh, pada sidang media di IPK Perak, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis berjaya membongkar makmal dadah jenis ketamin kedua terbesar di negara ini, dengan rampasan berjumlah RM111.2 juta dalam serbuan di sebuah premis kilang di kawasan perindustrian di Pusing, pada 13 dan 14 Januari lalu.

Serbuan bermula jam 1.30 petang dan berakhir jam 5.45 pagi itu dijalankan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dibantu JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal polis mendapati sindiket berkenaan menjalankan modus operandi dengan menyewa premis kilang sebagai makmal, untuk memproses dadah berkenaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ayob Khan menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah pada sidang media di IPK Perak, hari ini.
Ayob Khan menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah pada sidang media di IPK Perak, hari ini.

Katanya, selain merampas kesemua dadah berkenaan, polis turut berjaya menahan tiga suspek berusia 28 hingga 40 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti memproses dan mengedar dadah tersebut.

"Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak pertengahan tahun lepas dan hasil serbuan dijalankan, polis berjaya merampas sejumlah dadah ketamin dengan anggaran berat 2 tan.

"Turut dirampas pelbagai bahan-bahan kimia dan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah serta menyita pelbagai aset termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM200,000," katanya dalam sidang media khas yang diadakan di IPK Perak, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, siasatan juga mendapati dadah yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan oleh 6.7 juta penagih.

Katanya, kesemua tiga suspek direman selama empat hari manakala ujian air kencing dijalankan mendapati dua daripada suspek positif dadah serta mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan jenayah dan dadah.

"Polis kini sedang menjejaki tiga lagi suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Pihak JSJN akan terus berusaha mengesan saki baki ahli sindiket yang terbabit dan membanteras dadah di negara ini," katanya. - Getaran, 16 Januari 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ops Lebih Muatan: JPJ Keluar 126 Notis Saman, 13 Kenderaan Barangan Dikenakan Tindakan

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan