Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dakwaan Gangguan Seksual, Rehatkan Sementara Ketua Pengarah JKSM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 8:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang didakwa terbabit jenayah moral perlu direhatkan sementara daripada jawatan sehingga siasatan dijalankan pihak berkuasa selesai.

Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Ibrahim Deris, berkata pihaknya memandang serius beberapa laporan media berkaitan dakwaan itu.

“Bagi mengelakkan hal itu terus memburukkan imej Institusi Kehakiman Syariah adalah wajar pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita mencadangkan agar beliau direhatkan sementara sehingga siasatan ke atasnya sempurna berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya hari ini.

Ibrahim Deris
Ibrahim Deris

Ibrahim berkata, tindakan itu juga memudahkan pihak berkuasa melaksanakan siasatan bagi membuktikan sama ada tuduhan dihadapi Mohd Na’im benar atau konspirasi semata-mata.

“PPSM mendokong prinsip berani kerana benar, manakala salah tetap perlu menerima penghakiman seadilnya,” katanya.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, PPSM amat terkejut dengan pendedahan video terbaharu itu semalam.

Lebih membimbangkan, katanya, wujud dakwaan Mohd Na’im mengatur hakim, khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur bagi memenangkan sesuatu kes tuntutan.

“Kenyataan ini amat berbahaya bagi seorang ketua tertinggi institusi kehakiman dan penyalahgunaan kuasa, malah boleh menyebabkan keadilan keputusan kes mahkamah diragui.

“PPSM sedar ramai ahli terkejut apabila mendengar pendedahan isu ini kerana jika tuduhan itu benar, ia amat bertentangan dengan Adabul Qhadi (etika hakim) yang wajib diamal dan dipertahankan semua hakim syarie,” katanya.

Terdahulu, Mohd Na’im yang didakwa terbabit gangguan seksual terhadap wanita pada Ogos lalu, mengatakan wujud konspirasi oleh beberapa individu dalam JKSM untuk menjatuhkannya.

Malah, beliau membuat laporan polis pada Rabu lalu terhadap satu video dimuat naik Datuk Lokman Noor Adam menerusi laman sosial.

Mohd Na’im mendakwa, hal tersebut bukan usaha kali pertama menjatuhkannya kerana sebelum ini, individu sama cuba mengaitkannya dengan seorang wanita tetapi gagal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan siasatan polis berhubung kes seorang suri rumah mendakwa diganggu secara seksual seorang hakim kanan terbabit masih diteruskan.

“Timbalan Pendakwa Raya mengembalikan semula kertas siasatan kes tersebut kerana terdapat maklumat tambahan diperlukan,” katanya.

Mengulas isu sama, Ketua Media Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Rashidi Haris, menggesa pihak berkuasa mempercepatkan siasatan kes itu bagi membersihkan nama Mohd Na’im jika dakwaan terbabit tidak benar.

Jelasnya, sekiranya tidak, bagaimana sesuatu keputusan dibuat dianggap adil jika diputuskan seorang individu berakhlak buruk dan melakukan perkara keji.

Walau apa alasan sekalipun, katanya, perkara terbabit wajib dipandang serius, tambahan pelaku didakwa itu adalah individu dipercayai masyarakat.

Rashidi Haris
Rashidi Haris

“Negara sekarang sudah tenat dengan perilaku politikus yang dipandang kaki penipu dan pendusta oleh rakyat, skandal rasuah dikaitkan dengan SPRM dan doktor mengkhianati kerjayanya dengan mengeluarkan sijil vaksin palsu.

“Kini muncul pula cerita hakim syarie bernafsu buas. Jangan pula nanti mahkamah syariah turut hilang kemuliaannya disebab hakim ‘tergilakan bini orang’,” katanya.

Menurut Rashidi, dakwaan itu amat memalukan dan sekiranya benar hakim terbabit melakukan perkara terkutuk berkenaan, beliau hendaklah segera meletakkan jawatan.

Jelasnya, jika dakwaan itu dianggap tidak benar, beliau harus membenarkan dirinya disiasat bagi membersihkan nama dan institusi.

Rashidi juga melahirkan kekecewaan apabila laporan polis dilakukan pengadu tular di media sosial yang berisiko mengancam keselamatan dirinya.

“Dalam laporan itu, pengadu (mangsa) menamakan hakim berkenaan dan menceritakan peristiwa mengaibkan yang didakwa dilakukan lelaki tersebut apabila mangsa membenarkan tertuduh masuk selepas meminta izin untuk solat,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hati-Hati, Makin Ramai Manusia 'Sakit' Sekarang!

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Semasa 3 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 3 jam yang lalu

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

Semasa 1 jam yang lalu

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup