Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Maritim Malaysia Patah Cubaan Seludup 90,000 Liter Diesel Bernilai RM1.5 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 9:02PM

Maritim Malaysia berjaya mematah cubaan menyeludup 90,000 liter minyak diesel bernilai RM1.5 juta di Perairan Miri, awal pagi semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri mematahkan cubaan menyeludup 90,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM1.5 juta di perairan di sini, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Komander Maritim Eizanizam Muhammad Eng, berkata bot KILAT 42 milik agensi itu mengesan sebuah kapal tangki minyak dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, kapal itu dikesan pada jarak kira-kira 1.7 batu nautika dari barat muara Sungai Miri sekitar jam 2.35 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati vessel (kapal) tersebut melakukan beberapa kesalahan, antaranya di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tidak memiliki Master dan Domestic Shipping License (DSL).

“Ia juga kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana tiada dokumen Surat Control Supplies Act (CSA),” katanya.

Eizanizam berkata, kapal itu juga didapati tiada Sijil Petroleum Development Act (PDA) dan resit atau invois pembelian bahan bakar, selain disyaki menyeludup diesel serta membawa kandungan cecair terbabit melebihi kuantiti dibenarkan.

Jelasnya, kapal dikendalikan empat kru termasuk tekong yang kesemua warga negara Indonesia berusia 23 hingga 51 tahun itu sedang belayar dari perairan Baram menuju ke Miri.

Kesemua kru, kapal dan muatan minyak diesel, katanya, dihantar ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV), Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM1 juta bagi individu atau RM2 Juta bagi pertubuhan perbadanan dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. - Getaran, 10 Januari 2021
 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

 Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga 'Aunty Bersih'

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak