Berita Terkini

5 jam yang lalu: Agong berkenan solat Jumaat di Masjid Hagia Sophia 5 jam yang lalu: Australia umum bantuan tambahan US$25 juta kepada Sri Lanka 5 jam yang lalu: Bomba Sarawak tingkatkan rondaan sempadan kekang pembakaran terbuka 5 jam yang lalu: Kerajaan lulus peruntukan RM6.3 bilion untuk Selangor - PM 5 jam yang lalu: Dua peniaga didakwa tipu urusan sewa rumah dan bilik

IKUTI KAMI


Pegawai SPRM Direman Disyaki Terbabit Kes Rompakan RM700,000

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 1:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua individu termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman, masing-masing tiga dan empat hari bagi membantu siasatan kes rompakan melibatkan kerugian RM700,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kedua-dua individu berumur lingkungan 30 tahun itu ditahan pada Sabtu dan semalam oleh sepasukan anggota daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi.

Beliau berkata setakat ini, seramai 12 individu telah dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, SPRM dalam kenyataan mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes rompakan secara berkumpulan di ibu negara, Jumaat lepas.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rompakan secara berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang, di sini melibatkan kerugian hampir RM1 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Failkan Cerai, Suami Ugut Bunuh Isteri

2

Semasa 7 jam yang lalu

CEO Rugi RM50,000 Telefon Bimbit Digodam, Masih Tunggu Respon BNM

3

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pembantu Peribadi Bekas PM Pakistan Dimasukkan Ke Hospital, Didakwa Diseksa

4

Semasa 1 hari yang lalu

Pekerja Kebun Warga Asing Maut Dalam Pergaduhan

Sorotan

1

Mahkamah Tolak Permohonan 2 Individu Batal Saman Siti Nordiana

2

Waktu Kerja 45 Jam: Pengumuman Khas Minggu Depan

3

‘Afidavit Buktikan Najib Tahu RM42 Juta Masuk Ke Akaunnya Daripada SRC’

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wujud Syarikat Palsu Pindah Wang Skandal LCS Ke Akaun Luar Negara

oleh Susan Albert

Politik 19 jam yang lalu

Skandal LCS : Saya Akan Tukar Perkataan Agar UMNO Tidak Lagi Terasa - Ahmad Fadhil

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

2 Beradik Maut Dalam Pergaduhan

Semasa 6 jam yang lalu

JAKIM Perlu Permudah Peniaga Kecil Peroleh Sijil Halal

oleh Aiman Sadiq