Berita Terkini

7 jam yang lalu: Beberapa stesen LRT, MRT yang terpilih dan semua stesen Monorel ditutup esok, mulai 7 pagi hingga 3 petang 7 jam yang lalu: Dos penggalak perlu untuk pastikan imuniti kekal pada tahap optimum - KP Kesihatan 7 jam yang lalu: Piala Dunia FIFA 2022 Qatar: 1.2 juta tiket ditempah dalam tempoh 24 jam 7 jam yang lalu: MITRA: SPRM tahan 22 individu termasuk pengarah syarikat, presiden persatuan 11 jam yang lalu: 4 ahli politik antara 16 individu beri keterangan berhubung penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki - Polis

IKUTI KAMI


Lebih 22,000 Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Dilulus Dengan Peruntukan RM28.6 Juta

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 12:54PM

Datuk Mastura Mohd Yazid - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 65,189 permohonan Bantuan Khas COVID-19 diterima setakat 6 Disember lepas dengan 55,184 daripadanya telah diproses manakala 22,336 permohonan diluluskan melibatkan bantuan RM28.6 juta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid berkata bagi Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19, sebanyak 11,816 permohonan diluluskan dengan jumlah bantuan RM56.8 juta.

“Tiada peruntukan khusus pada 2022 daripada kerajaan bagi bantuan ini kerana ia menggunakan Tabung COVID-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang menerima sumbangan daripada orang ramai, korporat, institusi diraja dan anggota pentadbiran,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai statistik terkini permohonan dan kelulusan Bantuan Khas COVID-19 dan bantuan pengurusan COVID-19 di bawah NADMA serta peruntukan kerajaan untuk dua bantuan tersebut bagi 2022.

Sekiranya berlaku gelombang COVID-19 yang seterusnya, Mastura berkata kerajaan akan menambah dana bagi menampung keperluan jika baki tabung COVID-19 NADMA tidak mencukupi untuk membuat bayaran.

Beliau berkata sehingga kini, kerajaan telah menyalurkan bantuan awal bagi COVID-19 sebanyak RM61 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Tajuddin Buat 'Hal' Lagi, Netizen Anggap Kelakuan Memalukan, Ibarat Gangster

2

Indie 11 jam yang lalu

‘New World’ Taruhan Terbaharu Mystical Mirage 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Hilang Tatkala Rakyat Mati, Rumah Hanyut Akibat Banjir - Anwar

4

Semasa 1 hari yang lalu

Pemberian Vaksinasi Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Bermula Februari

Sorotan

1

RMT RM2.50 Tidak Relevan, KPM Perlu Naikkan Peruntukan

2

Netizen Kecam Jawapan Radzi ‘Nasi Putih, Kuah’ Bukan Makanan RMT

3

Naim Daniel Lapor Polis, Minta Penyebar Fitnah Belajar Jadi Manusia!

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Hilang Tatkala Rakyat Mati, Rumah Hanyut Akibat Banjir - Anwar

oleh Fitri Nizam

Sukan 20 jam yang lalu

'Nak Jadi Pemain Terbaik Dunia Kena Tahan Tekanan' - Chong Wei

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda UMNO Sambut Baik Perkenan Agong Tubuh RCI TH

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Pemberian Vaksinasi Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Bermula Februari