Berita Terkini

8 jam yang lalu: Reman penganggur penggal kepala ibu dilanjutkan 4 hari 8 jam yang lalu: Dana RM10 juta bantu pengoperasian FAM - Ahmad Faizal 8 jam yang lalu: Seekor penyu spesies agar jantan dewasa ditemukan mati di perairan Pulau Kapas, di Marang 8 jam yang lalu: Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, 90 keluarga terima bantuan RM1,000 10 jam yang lalu: DUN Johor bubar: Langkah seterusnya akan diambil oleh Speaker DUN untuk maklum pada SPR - MB

IKUTI KAMI


Addy Kana Diperintah Bayar Cukai Pendapatan RM1.4 Juta

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Dec 2021 8:38PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Datuk Addy Kana, membayar cukai pendapatan berjumlah RM1,427,915.45 kepada Kerajaan Malaysia selepas gagal memasukkan kehadiran dalam saman difailkan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perintah itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Maslinda Selamat pada pengurusan kes secara dalam talian (e-review) selepas penghakiman ingkar kehadiran difailkan oleh LHDN.

Berdasarkan semakan dalam sistem mahkamah (e-filing), Zaidi selaku defendan didapati telah gagal untuk memfailkan memorandum kehadiran walaupun serahan writ saman dan pernyataan tuntutan telah matang pada 24 November lepas dan mahkamah hari ini merekodkan penghakiman ingkar kehadiran terhadap defendan (Zaidi) dengan kos RM1,500.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar faedah pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi.

Pada 1 Oktober lepas, Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN dengan menamakan Zaidi, 37, bagi tunggakan cukai itu selama dua tahun.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh menerusi sistem mahkamah (e-filing), kerajaan mendakwa bagi Tahun-tahun Taksiran 2018 dan 2019, defendan telah ditaksirkan dengan taksiran tambahan masing-masing berjumlah RM380,025.73 dan RM918,079.23.

“Oleh kerana defendan telah gagal membayar keseluruhan cukai pendapatan dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, kenaikan cukai sebanyak 10 peratus berjumlah RM38,002.57 dan RM91,807.92 telah dikenakan dan ditambahkan ke atas keseluruhan cukai pendapatan yang masih belum dibayar bagi Tahun-tahun Taksiran 2018 dan 2019 (Tambahan) itu,” menurut plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.

Dakwa plaintif, defendan masih gagal membayar kepada plaintif keseluruhan cukai pendapatannya yang masih terhutang dan genap masanya dan kena dibayar bagi Tahun-tahun Taksiran 2018 dan 2019 (Tambahan) termasuk kenaikan-kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM1,427,915.45.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM1,427,915.45, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

LHDN Saman Addy Kana Tuntut Bayar Tunggakan Cukai Berjumlah RM1.4 Juta

Sorotan

1

88 Kilogram Ganja Dirampas, Babit Cubaan Seludup Di Sempadan

2

PM, Peja Doakan Kesihatan Tun M

3

5 Resipi Baharu Harus Cuba Untuk 2022

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

#TangkapAzamBaki, Peserta Hanya Dibenarkan Berarak di Jalan Bangsar

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

20 Kediaman Terbakar, 100 Penduduk Hilang Tempat Tinggal

oleh Ardyhansah Amat

Semasa 1 hari yang lalu

RFID: PLUS Kenal Pasti Penambahbaikan, Elak Kesesakan Plaza Tol

Semasa 20 jam yang lalu

Selepas Terbengkalai Sejak 2019, SMK Bandar Saujana Putra Dibuka Mac Ini