Berita Terkini

2 jam yang lalu: Najib gagal kemuka bukti baharu, keputusan rayuan kes SRC esok 5 jam yang lalu: 4,817 kes sembuh COVID-19 dilaporkan hari ini - KP Kesihatan 7 jam yang lalu: Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$116.7 bilion pada 30 November 2021 8 jam yang lalu: 41,490 orang miskin tegar di Sabah sehingga 1 Disember 8 jam yang lalu: PRN Sarawak: DAP gesa SPR perjelas perubahan tempat mengundi

IKUTI KAMI


Kerjasama PDRM-TNB Elak Premis Pelacuran, Judi Kembali Beroperasi

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Nov 2021 11:57AM

Noor Dellhan Yahaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi mengelakkan premis judi dan pelacuran yang pernah diserbu kembali beroperasi, polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan operasi memotong bekalan elektrik di empat lokasi sekitar daerah Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya, berkata pemotongan bekalan elektrik itu dilakukan terhadap tiga premis judi dan satu premis pelacuran di sekitar ibu negara.

Menurut beliau, permohonan itu dilakukan pihaknya susulan kejayaan Polis Kuala Lumpur dalam Op Dadu dan Op Noda di premis terbabit.

“Selain daripada itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah merobohkan struktur sekatan dalaman dalam premis tersebut yang menjalankan aktiviti rumah urut/pelacuran.

“Pemotongan bekalan elektrik itu dilakukan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 [Akta 289], Seksyen 37 (13) (a) Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan Seksyen 38 (1A) Akta Bekalan Elektrik 1999 [Akta 447]," katanya.

Menurut beliau, mana-mana premis yang telah diputuskan bekalan tenaga elektrik, bekalan elektrik tidak boleh disambungkan semula oleh pihak pembekal atau pemegang lesen tanpa kebenaran bertulis daripada pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Penguasa. 

Beliau berkata, polis juga memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang melanggar undang-undang.

“Polis Dang Wangi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau premis yang melanggar undang-undang,” katanya. - Getaran, 24 November 2021

Sorotan

1

Najib Gagal Kemuka Bukti Baharu, Keputusan Rayuan Kes SRC, Esok

2

'Red Notice' Filem Paling Banyak Ditonton Di Netflix

3

Singapura Sahkan 2 Kes Import Positif Varian Omicron

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bintara Kanan Maritim Hadapi 32 Tuduhan Terima Suapan

oleh Nik Khaleef Fitri

Sukan 1 hari yang lalu

Hamilton Juara GP Arab Saudi, Kongsi Puncak Kejuaraan Dunia Bersama Verstappen

Semasa 1 hari yang lalu

Menara 188 Disewakan Kepada Syarikat Swasta, Hospitality 360

Politik 1 hari yang lalu

MN Pasti Dibubar, UMNO Perlu Teruskan Perjuangan Politik Sendiri

oleh Farhana Farush