Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Mesti Ganti KWSP Dikeluarkan Pencarum B40, M40 - NUBE

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 4:55PM

NUBE menggesa kerajaan menambah balik simpanan KWSP dengan memulangkan wang dikeluarkan pencarum B40 dan M40 demi melindungi waktu persaraan mereka kelak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mengembalikan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan pencarum B40 dan M40 bagi menampung kos kehidupan ketika pandemik COVID-19, demi melindungi waktu persaraan mereka kelak.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, matlamat utama penubuhan KWSP adalah sebagai satu skim simpanan untuk menjamin waktu persaraan pekerja.

Katanya, KWSP juga ditubuhkan untuk melaksanakan pengurusan simpanan bagi tujuan persaraan dan perkara berkaitan yang dikelolakan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta 452).

“Bagaimanapun, sejak pandemik COVID-19, matlamat asal KWSP dilihat mula beralih dan ini termasuklah penghakisan simpanan dalam badan berkanun itu.

“Aset pelaburan KWSP meningkat kepada RM1.02 trilion pada penghujung tahun 2020, tetapi merosot menjadi RM989.14 bilion pada Jun 2021,” katanya.

J Solomon
J Solomon

Solomon berkata, tindakan kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan berbanding rebat dan insentif semasa pandemik kepada pekerja, menyebabkan mereka terdorong membuat pengeluaran simpanan masing-masing untuk merangsang ekonomi.

Pengeluaran itu, jelasnya, dilakukan melalui pengenalan skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang keseluruhannya menyaksikan ahli KWSP mengeluarkan RM101 bilion daripada simpanan mereka.

Beliau berkata, majoriti 7.4 juta pencarum yang mengeluarkan simpanan itu adalah ahli KWSP dalam kalangan B40 dan M40.

“Kerajaan berbangga bahawa pakej rangsangannya, termasuk RM101 bilion sedangkan kewangan ini bukan dari tabung kerajaan tetapi daripada simpanan persaraan pekerja.

“Pihak yang mendapat manfaat daripada tiga skim berkenaan adalah kerajaan dan majikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Solomon berkata, walaupun pengeluaran itu memberi kesan jangka pendek ke atas ekonomi dan komuniti perniagaan yang mendapat manfaat, pada masa sama ia mengurangkan simpanan persaraan ahli miskin.

Jelasnya, kira-kira 6.1 juta pencarum KWSP kini hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dan daripada jumlah itu, sekitar 3.6 juta ahli memiliki kurang RM1,000 dalam simpanan, sekali gus menyebabkan mereka terdedah kepada kekangan kewangan serta tidak dilindungi untuk menghadapi usia persaraan.

Tegasnya, berdasarkan sasaran minimum RM240,000 simpanan yang perlu dimiliki ahli KWSP apabila mencapai umur 55 tahun, hanya tiga peratus mampu bersara dan bertahan dengan simpanan sedia ada.

“Langkah kerajaan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus dalam Bajet 2022 juga sudah dan akan memburukkan isu simpanan persaraan rendah dihadapi pekerja.

“Memandangkan kerajaan menyebabkan kemerosotan besar dalam simpanan persaraan pekerja B40 dan M40, melalui pakej rangsangannya, maka adalah wajar kerajaan menambah balik simpanan dengan memulangkan wang dikeluarkan. Kerajaan perlu mencari kaedah bagi tujuan ini demi perlindungan pencarum selepas mereka bersara,” katanya.

Menurut Solomon, matlamat utama Lembaga KWSP adalah melindungi simpanan persaraan pekerja dan bukannya memuaskan kerajaan demi kelebihan politik dan majikan tidak bertanggungjawab.

Susulan matlamat itu, NUBE menggesa Lembaga KWSP menuntut kerajaan supaya memulangkan wang dikeluarkan ahli B40 dan M40 untuk menyokong pakej rangsangan kerajaan.

Lembaga KWSP juga, katanya, mesti diingatkan bahawa KWSP tidak boleh menggunakan dana pekerja untuk membiayai majikan yang menganiaya pekerja.

“Kegagalan melindungi kepentingan pekerja bermakna ia satu pengkhianatan besar’ terhadap amanah diberikan kepada Ahli Lembaga KWSP.

“Kerajaan mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemerosotan gaji di negara ini kerana kerajaan bersekongkol dengan majikan dalam soal ini sejak tahun 1980-an,” katanya.

Pada masa yang sama, ujarnya, NUBE berpendirian bahawa Lembaga KWSP mesti memastikan wang ahli tidak digunakan untuk melabur secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan yang mengeksploitasi pekerja, menggalakkan usaha memusnahkan kesatuan sekerja atau tujuan politik.

“Setiap keputusan Lembaga KWSP mesti mengambil kira tanggungjawabnya untuk mempertahankan dana ahli demi kesejahteraan pencarum pada hari tua mereka kerana Malaysia akan menjadi negara yang semakin tua menjelang 2030.

“Lembaga KWSP perlu menanam keyakinan dalam kalangan ahli dan tidak digunakan sebagai sumber menyelamatkan atau bailout perniagaan atau memperkukuhkan asas parti politik atas kos perbelanjaan pekerja,” katanya. – Getaran, 22 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 3 minggu yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 1 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza