Berita Terkini

20 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Biskut Hup Seng Selamat Dimakan - Jurucakap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 3:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biskut keluaran Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd disahkan selamat kepada orang awam.

Jurucakap Hup Seng berkata, biskut jenama Hup Seng Special Cream Crackers itu selamat dimakan kerana kualiti dan keselamatan produk menjadi keutamaan tertinggi syarikat sejak 1958.

Menurut beliau, biskut cream cracker yang dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan serta menepati peraturan tempatan mengenai standard kualiti keselamatan makanan.

“Kami akan berikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam setiap siasatan jika diperlukan.

“Syarikat juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan kakitangan setia kami atas sokongan mereka,” katanya.

Beliau menyatakan demikian susulan pendedahan Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) yang mendapati, terdapat unsur penyebab barah menerusi biskut jenama Hup Seng Special Cream Crackers.

Selain jenama biskut Hup Seng, jenama lain yang turut tersenarai dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah Ritz Crackers Cheese Flavoured Sandwich, Jacob’s Original Cream Crackers 93% Wheat Cereal dan Oreo Mini Oreo Original.

“Acrylamide dan glycidol merupakan bahan pencemaran yang terhasil semasa pemprosesan bahan makanan.”

Kesemua snek tersebut dilaporkan mengandungi karsinogen atau dikenali sebagai glisidol dan akrilamida, yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel serta tisu hidup.

Laporan berkenaan mendedahkan, ada antara produk makanan berkenaan memiliki sehingga 620g/kg akrilamida, iaitu hampir dua kali ganda daripada had selamat dan mendakwa bahan tersebut terhasil ketika pemprosesan biskut pada suhu tinggi.

Sementara itu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru- baru ini menjelaskan, siasatan awal mendapati premis kilang Hup Seng adalah pemegang sijil Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) KKM.

Verifikasi di premis terlibat jelas BKKM, sedang dilakukan susulan isu tersebut.

“Acrylamide dan glycidol merupakan bahan pencemaran yang terhasil semasa pemprosesan bahan makanan, namun bahan tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses bersesuaian.

“Mengenai isu label pemakanan yang mengelirukan, garis panduan di Malaysia membenarkan syarikat menyatakan angka berdasarkan kiraan atau analisis, dan juga menyatakan jumlahnya dalam julat yang dibenarkan,” katanya.

Terdahulu Getaran melaporkan, pakar perubatan awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius penemuan daripada HKCC, sekali gus menguar-uarkan ia kepada umum.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kajian mendalam dan terperinci perlu dilaksanakan memandangkan dakwaan itu membabitkan nyawa orang ramai.

Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula mengharapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memainkan peranan utama bersama KKM dalam membanteras isu tersebut.

Tegas Nadzim, perkara ini perlu dipandang serius dan kajian segera harus dilakukan agar ia tidak berterusan menjadi kebimbangan ramai. - Getaran, 25 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Hidap Kanser: Raja Charles III Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar