Berita Terkini

34 minit yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 35 minit yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 35 minit yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 36 minit yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 36 minit yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Terima Rasuah, 2 Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 6:23PM

Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan dalam dua pertuduhan berasingan di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Koperal Haikal Ibrahim Abdullah, 32, berdepan sembilan pertuduhan menerima suapan bernilai RM1,570. antara 23 Mei 2017 hingga 6 Julai 2018 daripada Anizah Misdaranai, 39, di Bank Simpanan Nasional Cawangan Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Ia sebagai dorongan supaya tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap Anizan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Hakim Abu Bakar Manat kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 deposit RM4,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Koperal Sabestino Bong, 42, berdepan dua pertuduhan menerima suapan bernilai RM300 daripada Anizan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atasnya di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Sabestino didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Jun 2017 di Bank Rakyat Cawangan Kota Belud menerusi dua transaksi berbeza.

Seperti Haikal, Sabestino juga didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000, deposit RM3,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua kes disebut akan semula 29 November depan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Nurul Izzati Sapifee manakala Haikal dan Sabestino tidak diwakili peguam. – Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Nak Untung RM200,000, Wanita Hilang Wang Simpanan RM37,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

11 Mei Keputusan Permohonan Ibu Tunggal Batal Penukaran Agama 3 Anaknya

3

Selebriti 1 hari yang lalu

Syamsul Yusof Failkan Nusyuz Terhadap Puteri Sarah

4

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Cerai Hafidz Roshdi: Mahkamah Tetap 9 Mei Untuk Sebutan

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

3

Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit Di 5 Lebuh Raya September Ini

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Perkasa Ekonomi Bumiputera: Jangan Buat Keputusan ‘Berat Sebelah’, Tengok Realiti - MTEM

oleh Aiman Sadiq

Semasa 20 jam yang lalu

Anwar Tiba Di Arab Saudi Untuk Lawatan Rasmi 3 Hari

Politik 14 jam yang lalu

Shahrizat Dilantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

oleh Amar Shah Mohsen