Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Disyaki Tunjuk Kemaluan, Polis Tahan Runner Kelas Memandu 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 8:45PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Polis menahan seorang runner institut kelas memandu berusia 40-an, bagi membantu siasatan berhubung laporan seorang wanita yang mendakwa lelaki itu menunjukkan kemaluannya di dalam sebuah kereta di Kampung Saring, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Suprintendan DSP Mohd Azmir Damiri berkata, lelaki itu ditahan petang tadi di rumahnya di Telong, dekat Bachok.

Katanya, lelaki berkenaan adalah runner yang diberi tugas untuk mengambil dan menghantar pelajar ke kelas memandu di Bachok.

"Tangkapan itu dibuat susulan laporan seorang mangsa yang juga pelajar kelas memandu berusia 27 tahun.

"Dia ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku petang semalam, ketika lelaki berkenaan mahu menghantar mangsa pulang dengan menaiki kereta Perodua Viva.

"Sebelum itu, beberapa pelajar lain dihantar pulang terlebih dahulu dan hanya tinggal suspek bersama mangsa, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

"Ketika dalam perjalanan menghantar mangsa, suspek dikatakan membuka zip seluar sebelum mengeluarkan kemaluannya,"katanya.

Mohd Azmir berkata, mangsa yang terkejut dengan perbuatan jijik lelaki berkenaan terus menghubungi ibu saudaranya, untuk meminta bantuan wanita terbabit menjemputnya.

"Mangsa juga mengarahkan lelaki itu memberhentikan kereta, namun tidak diendahkan," katanya.

Mohd Azmir berkata, keengganan suspek memberhentikan kereta menyebabkan wanita itu bertindak membuka pintu sewaktu kereta sedang bergerak.

"Tindakan berani mangsa berjaya mendorong suspek memberhentikan kenderaan itu,  sebelum wanita tersebut keluar melarikan diri ke kawasan rumah penduduk untuk meminta bantuan," katanya. - Getaran, 18 Oktober 2021

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 3 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran