Berita Terkini

6 minit yang lalu: Kutipan hasil Kastam bagi 2021 cecah RM42.50 bilion, lepasi sasaran awal RM40 bilion - PM 2 jam yang lalu: Kes harian COVID-19 di Korea Selatan melepasi 13,000 buat pertama kalinya 4 jam yang lalu: 47.5 peratus populasi dewasa terima dos penggalak setakat ini 4 jam yang lalu: Lebih 10 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat positif COVID-19 sejak penularan wabak itu 6 jam yang lalu: Isu pati dibincang dalam pertemuan ketua polis Malaysia, Indonesia

IKUTI KAMI


Terima 2 Suapan, Rakyat Singapura Didenda RM145,000

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Oct 2021 4:00PM

Tertuduh (tengah) diiringi pegawai SPRM selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang bekas pengarah urusan syarikat didenda RM145,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini atas dua tuduhan pilihan menerima suapan.

Suapan itu didakwa diterima daripada dua individu pada Julai  2019 dan Januari tahun lalu.

Tertuduh, Cheung Wing Shing, 60 tahun, seorang warganegara Singapura menyandang jawatan sebagai pengurus syarikat terbabit secara kontrak sejak 2011 hingga 2017.

Dia yang kini memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif francais restoran membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah pagi tadi.

Bagi pertuduhan pilihan pertama, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM26,850 daripada seorang pengurus syarikat melalui pindahan wang dalam talian pada 23 Julai 2019 ke akaun syarikat miliknya.

Suapan tersebut adalah sebagai balasan kepada tertuduh, kerana melantik syarikat berkenaan sebagai kontraktor projek pembekalan peralatan dapur di sebuah restoran bernilai RM2 juta, yang mana tertuduh mempunyai akses kepada proses pemilihan kontraktor untuk kerja terbabit.

Bagi pertuduhan pilihan kedua pula, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM7,000 melalui pindahan wang atas talian pada 14 Januari 2020 daripada seorang pengarah syarikat bagi pembayaran kerugian perjudian.

Untuk kedua pertuduhan pilihan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (2) Akta sama.

Pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Peguambela mewakili tertuduh, Datuk Joshua Kevin dalam rayuan dikemukakan di hadapan hakim meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah denda dikenakan terhadap tertuduh, dengan mengambil kira keadaan kesihatan anak guamnya dan kerjasama diberikan lelaki itu sepanjang proses siasatan.

“Tertuduh sudah dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari sebelum ini, selain tertuduh juga seorang dermawan dan sudah banyak membantu orang yang dalam kesusahan ketika kegawatan ekonomi akibat penularan COVID-19 sejak tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Shaharuddin meminta mahkamah menetapkan kadar denda bersesuaian sebagai tanda ketegasan SPRM dalam menangani isu rasuah di negara ini.

“Sejak akhir ini, banyak blog dan akaun media sosial seperti Twitter yang cuba menjadi pejuang untuk rasuah, mereka ini asyik hentam SPRM dan polis, walaupun tidak ada bukti. Jadi, mahkamah perlu menetapkan keputusan supaya keputusan itu nanti membuktikan bahawa SPRM benar-benar serius dalam menangani isu rasuah,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jumlah denda RM85,000 atau penjara 10 bulan bagi pertuduhan pilihan pertama dan denda RM60,000 atau enam bulan penjara untuk pertuduhan pilihan kedua.

Tertuduh membayar denda ditetapkan mahkamah. - Getaran, 18 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Suapan Bulanan, Bekas Pengarah Penguatkuasa Direman Seminggu

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan SPRM Tidak Berasas, Sengaja Buka Kes Lama - R Sivarasa

3

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Terima Perintah Mahkamah Halang Perhimpunan 3 Lokasi

4

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Penjawat Awam Hadapi 4 Tuduhan Menipu

Sorotan

1

Tanah Mendap, 5 Kenderaan Rosak

2

Pertemuan BAM-Zii Jia Capai Hasil Positif - Timbalan Presiden BAM

3

Berlakon Watak Ibu Kepada Anak Dewasa, Erra Fazira Bersikap Realistik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

76 Remaja Bawah Umur Terbabit Dadah Ditahan, Turut Main Peranan Sebagai Tokan

oleh Fitri Nizam

Semasa 1 hari yang lalu

Sarawak Benarkan Jamuan Keluarga Menjelang Tahun Baharu Cina

Semasa 19 jam yang lalu

18 Pelajar Asrama Tawau Positif, Cetus Kluster Sri Balung

oleh Ardyhansah Amat

Semasa 1 hari yang lalu

#TangkapAzamBaki, 8 Individu Dipanggil Beri Keterangan

oleh Fitri Nizam