Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


KJ Perlu Henti Buli Rakyat - NUBE

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 3:05PM

J Solomon

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin perlu menghentikan pembulian dan diskriminasi terhadap rakyat yang membuat pilihan untuk menolak vaksin.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, kenyataan Khairy untuk menyusahkan golongan anti vaksin adalah satu tindakan bersifat buli dan menggambarkan sikap keras kepala beliau.

Menurut beliau, ia seolah-olah menunjukkan kerajaan gemar mengambil pendekatan samseng bagi menangani hal berkaitan rakyat.

“NUBE membantah sebarang bentuk diskriminasi, membuli dan menggugat maruah rakyat yang tidak mahu divaksin. Kerajaan mengakui bahawa vaksin bukanlah satu penyelesaian untuk pandemik COVID-19 dan sama ada divaksin atau tidak, seseorang itu masih boleh dijangkiti serta menjangkiti orang lain.

“Negara seperti Singapura dan Israel sudah membatalkan pasport vaksin untuk perjalanan, kerana mereka menyedari tidak ada nilai epidemiologi ekoran peningkatan ketara jumlah jangkitan dalam kalangan mereka yang divaksin,” katanya.

Khairy Jamaluddin - Gambar fail
Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Baru-baru ini, Khairy memaklumkan bahawa kerajaan akan menyusahkan hidup anti vaksin supaya mereka tidak dibenarkan menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap imunisasi COVID-19.

Kenyataan tersebut mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan masyarakat, termasuk perasaan tidak puas hati oleh kumpulan anti vaksin yang menyifatkan tindakan Khairy sebagai satu kekejaman serta ketidakadilan terhadap hak asasi mereka.

Solomon berkata, anggapan bahawa ketiadaan vaksin akan membahayakan kesihatan pekerja yang sudah menerima suntikan tersebut adalah tidak tepat sama sekali.

Jelasnya, mereka yang tidak mahu divaksin mempunyai pelbagai alasan untuk membuat pilihan masing-masing, termasuk perubatan, takutkan risiko, mahu bergantung pada imuniti semula jadi diri atau ragu kerana imunisasi berkenaan dibangunkan terlalu pantas.

Beliau berkata, apa pun alasannya, rakyat mempunyai hak undang-undang untuk menerima atau menolak apa yang boleh dimasukkan ke dalam tubuh badan mereka.

“Vaksin tidak boleh diberikan kepada mereka yang tidak memberikan persetujuan, malah ia salah daripada segi hukum serta moral untuk memaksa golongan terbabit bersetuju menerima risiko yang bertentangan dengan kehendak masing-masing.

“Khairy tidak boleh mengugut untuk mendapatkan persetujuan mereka yang tidak mahu divaksin dengan bertindak secara diskriminasi, memulau dan melabelkan mereka sebagai anti vaksin,” katanya.

Menurut Solomon, tindakan memaksa golongan yang tidak mahu divaksin menerima imunisasi berkenaan adalah satu bentuk pencabulan.

Katanya, tanggungjawab kerajaan adalah memberi rakyat Malaysia segala maklumat berdasarkan bukti dan yang seimbang berhubung vaksinasi bagi membolehkan keputusan tepat diambil.

Justeru, apabila rakyat sudah membuat keputusan jelas Solomon lagi, kerajaan harus menghormatinya, bukan menunjukkan sifat setia kepada pengeluar vaksin.

“Rakyat mengalami trauma mental melampau sejak bermula pandemik ini, termasuk dengan tiga kerajaan berubah tangan. Disebabkan ini, sebarang tindakan diskriminasi, membuli dan melanggar hak tubuh badan seseorang harus dihentikan segera.

“NUBE menggesa Kabinet ‘Kerajaan Keluarga Malaysia’ pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghormati hak rakyat, menghentikan diskriminasi dan ugutan terhadap mereka yang tidak mahu divaksin,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan harus memberikan fokus untuk memerangi COVID-19 dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang penting bagi membendung penyebaran virus tanpa mengira sama ada divaksin ataupun sebaliknya.

“Kerajaan juga perlu memberikan bantuan perubatan dan kemudahan demi kesejahteraan rakyat,” katanya. – Getaran, 18 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 20 jam yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Semasa 8 jam yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Semasa 13 jam yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik