Berita Terkini

3 hari yang lalu: Lebih 10,000 unit Residensi MADANI dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini - Dr Zaliha 3 hari yang lalu: Kerajaan teliti secara terperinci sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026- PM 2 minggu yang lalu: Kadar zakat fitrah bagi Terengganu ditetapkan RM10, RM22 seorang tahun ini - MAIDAM 2 minggu yang lalu: Zakat fitrah bagi negeri Sabah ditetapkan RM7.50 seorang tahun ini - MUIS 2 minggu yang lalu: Sebuah helikopter terhempas di Kuala Selangor pagi tadi - APMM

IKUTI KAMI


Aktif Kawal Sempadan, Nilai Rampasan Barang Seludup PGA7 Cecah RM6.3 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 8:21PM

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi (tengah) bersama anggotanya yang bertugas dalam Ops Benteng COVID-19 di sempadan Malaysia-Thailand.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Ops Benteng COVID-19 di sempadan Malaysia-Thailand sejak sebulan lalu berjaya menghasilkan rampasan barang seludup bernilai RM6.3 juta.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya berjaya menumpaskan 132 kes penyeludupan sehingga semalam.

Menurut beliau, operasi berkenaan turut membawa kepada penahanan 113 individu terdiri daripada warga Thailand, Myanmar, Bangladesh dan penduduk tempatan.

“Rampasan itu membabitkan pelbagai jenis barangan seludup seperti dadah, daun ketum, hidupan liar, barangan kontraban, haiwan ternakan, pendatang asing tanpa izin (PATI), bongkah kayu, haiwan ternakan dan sarang madu kelulut.

“Penyeludupan barangan kontraban seperti  pakaian, vape dan rokok adalah yang paling tinggi dicatatkan membabitkan 95 kes dengan nilai rampasan RM5,032,891 serta 74 tangkapan termasuk lapan wanita,” katanya di sini hari ini.

Azhari berkata, anggota bertugas juga mengesan pelbagai strategi dan modus operandi (MO) penyeludupan, namun berjaya dipatahkan pihak berkuasa.

Katanya, ia hasil daripada kawalan ketat di pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang dijalankan pegawai dan anggota PGA7.

“Ini membuktikan bahawa pihak kami tidak pernah leka untuk memastikan sempadan negara sentiasa selamat daripada dibolosi anasir jenayah.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran untuk menangani jenayah rentas sempadan di Kelantan termasuk penularan wabak COVID-19, namun semua petugas sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan apabila melaksanakan serbuan atau tangkapan,” katanya.

Azhari menegaskan, pasukannya juga telah melengkapkan dos vaksin masing-masing  dan ia banyak membantu dalam mengurangkan risiko tahap keberjangkitan.

“Pihak kita juga memberikan tumpuan kepada rondaan bermotosikal dan berkereta serta bantuan daripada Unit Dron untuk mengumpul maklumat risikan.

“Fokus utama kami sebagai agensi penguatkuasaan di sempadan negara adalah untuk mencegah dan membanteras semua bentuk penyeludupan serta jenayah rentas sempadan.

“Saya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pegawai atau anggota yang terbabit dalam penyalahgunaan kuasa atau gejala rasuah,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PDRM Sahkan Tentera Lepas Tembakan Ketika Kejar Suspek Seludup Ketum

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Tayangan Aksi Malaysia -Thailand Di 14 Skrin Besar - Hannah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Kedah Tubuh Pasukan Khas Kawal Sempadan

Sorotan

1

Cloud KBS Digodam, Hannah Sahkan Tiada Ketirisan Data

2

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 5 Hakim

3

Kebakaran Hutan Di Bukit Broga Berjaya Dipadamkan

4

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

5

Putin Dahului Pilihan Raya Presiden Rusia

6

Cukai Perkhidmatan: Tiada Kenaikan Tambang Feri, Penginapan Di Marina Island

7

Syarat Hamas Dalam Cadangan Gencatan Senjata Di Gaza, Realistik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cloud KBS Digodam, Hannah Sahkan Tiada Ketirisan Data

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan 11 Individu, Sita 8 Kenderaan Mewah Milik Sindiket Penyeludupan

Semasa 22 minit yang lalu

Emraz Travel & Tours, Pengarah Didakwa Gagal Bayar Tuntutan Bakal Jemaah Umrah

Semasa 1 hari yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM