Berita Terkini

21 minit yang lalu: AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia untuk tahun ke-5 22 minit yang lalu: Taman Negara Johor dibuka bermula 1 November 2 jam yang lalu: PM ucap takziah kepada keluarga anggota bomba Mohd Diya Che Jusoh yang meninggal dunia ketika sertai operasi menyelamat mangsa banjir di Melaka 3 jam yang lalu: Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan sedang digubal bagi perkasa pengurusan risiko bencana - PM 3 jam yang lalu: India longgar peraturan kuarantin untuk pengembara asing

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Autisme Maut, Tertinggal Dalam Van

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2021 10:33AM

Mohd Said Ibrahim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan polis mengenai kematian kanak-kanak autisme yang mempunyai masalah pembelajaran itu pada pukul 7.46 malam.

"Hasil siasatan mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van berumur 34 tahun. Bagaimanapun, lelaki tersebut telah pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van berkenaan.

"Pemandu van itu dipercayai tidak menyedari mangsa berada di dalam van dari pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang di hadapan rumah lelaki berkenaan sebelum mangsa ditemukan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mangsa bagi mengenal pasti punca kematian.

Mohamad Said berkata tangkapan dibuat ke atas pemandu berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama

Sorotan

1

Kedamaian Rimba Buat Warga Kota

2

3 Lelaki Didakwa Tipu Ahli Perniagaan

3

SPRM Wajar Siasat Dengan Telus Pandora Papers - AMK

4

Dr Suhaini Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2021

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Masih Runding Dengan Arab Saudi Agar Tiada Diskriminasi Vaksin - KJ

Semasa 1 jam yang lalu

Langgar SOP Rentas Negeri, PDRM Keluar RM4.3 Juta Kompaun

oleh Fitri Nizam

Semasa 1 hari yang lalu

6 Cedera Kereta Terbabas Masuk Gaung

oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Semasa 1 hari yang lalu

DAP Tolak Norhizam Sebagai Calon PRN

oleh Saliawati Salberi