Berita Terkini

5 jam yang lalu: 9,231 kes sembuh dilaporkan hari ini, 2,279,520 kes kumulatif - KP Kesihatan 8 jam yang lalu: COVID-19: 6,145 kes baharu dilaporkan hari ini, kumulatif kes kini 2,390,687 - KP Kesihatan 9 jam yang lalu: Vaksinasi populasi dewasa negara capai 91.5 peratus 12 jam yang lalu: Warga pendidik diminta segera mendapatkan vaksin COVID-19 demi perlindungan diri dan pelajar- Ismail Sabri 14 jam yang lalu: Institusi pendidikan di Kedah dan Kelantan mula beroperasi 31 Okt, manakala Pulau Pinang, Perak dan Sabah, 1 Nov ini- KPM

IKUTI KAMI


Seleweng Minyak Masak Subsidi, 8 Pekerja Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 7:27AM

Azman Adam (dua, kiri) memeriksa tangki minyak yang dirampas selepas sidang media di Pejabat Stor Ekshibit KPDNHEP Melaka di Krubong, Melaka, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tujuh pekerja warga Myanmar dan seorang warga Thailand ditahan dipercayai terlibat dalam kes penyelewengan minyak masak bersubsidi membabitkan nilai rampasan sebanyak RM87,300 susulan serbuan ke atas sebuah stor di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor semalam.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, Azman Adam berkata kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 45 tahun itu, ditahan ketika berada di premis dua tingkat yang dijadikan stor pada serbuan kira-kira 11.30 pagi.

"Stor tersebut dikenal pasti sebagai tempat melakukan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi paket 1 kilogram (kg) yang dipindahkan ke dalam bekas minyak masak industri bukan bersubsidi.

"Hasil pemeriksaan ke atas premis itu kita menemukan 36 unit tangki fiber berkapasiti 1,000 liter dan berisi minyak masak kira-kira 31,500 kg bersama peralatan bagi memindahkan minyak masak itu," katanya pada sidang media di Pejabat Stor Ekshibit KPDNHEP Melaka di Krubong, di sini malam ini.

Beliau berkata hasil maklumat risikan penguat kuasa KPDNHEP mendapati sindiket terbabit telah beroperasi hampir dua bulan dengan mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi paket 1kg daripada beberapa pemborong berlesen di sekitar Lembah Klang. 

Azman berkata minyak masak bersubsidi paket 1kg itu kemudiannya dileraikan dan dikumpulkan di dalam tangki fiber berkapasiti 1,000 liter untuk dipasarkan pada harga bukan subsidi. 

"Kami juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pihak-pihak lain yang terlibat dalam rantaian pengedaran minyak masak ini termasuk sumber bekalan minyak masak tersebut diperoleh berdasarkan jenama minyak masak yang ditemukan di tempat kejadian. 

"Lapan suspek itu ditahan reman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 di bawah peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya.

Tambahnya kes itu juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001 bagi memberi kesan kepada mana-mana penjenayah dan sindiket penyelewengan yang lain.  - Bernama

Sorotan

1

Didakwa Pakai Tangkal, Khairy Sinis Bidas Anti Vaksin

2

Search - Kembali Kepada Asal, Pulangkan Kepada Yang Berhak

3

United Tersungkur Di Leicester, Liverpool Benam Watford

4

Piala Thomas: China Jumpa Indonesia Di Final

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

6,145 Kes Baharu Hari Ini, Terendah Sejak 4 Julai

oleh Susan Albert

Brunei 3 jam yang lalu

Luanloko Komited Libatkan Diri Dalam Seni Dan Peniagaan

Selain menumpukan bakatnya bermuzik, Luanloko juga amat komited dalam menjalankan perniagaannya, The Jazzy’s Burger. Mari kenali 'rapper' Brunei ini.

oleh Normazlina M.D.

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Dikehendaki Polis Maut Nahas, Suspek Disah Positif COVID-19

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Ujian RT-PCR Untuk Kontak Rapat, Pengembara Mulai Hari Ini - KJ

oleh Mastura Malak