Berita Terkini

17 minit yang lalu: Tokyo Disneyland adakan program Halloween selepas 2 tahun program besar ditangguhkan 18 minit yang lalu: Sekatan 'dine in' di restoran di Osaka dan Tokyo, ditarik balik 20 minit yang lalu: Penambahbaikan kemudahan di beberapa sekolah di Sarawak giat dijalankan - Radzi 21 minit yang lalu: Kerja pengoptimuman menara komunikasi di Padang Besar, Perlis dimulakan hari ini 27 minit yang lalu: Kanak-kanak bawah 18 tahun dikecualikan syarat vaksin untuk kemasukan ke Amerika Syarikat

IKUTI KAMI


Menyamar Pegawai Kerajaan, Sindiket Kaut RM57.4 juta

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 12:38PM

Mohd Kamarudin Md Din - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes penyamaran sebagai pegawai kerajaan menerusi panggilan telefon memperlihatkan perkembangan membimbangkan, apabila mencatatkan kerugian sebanyak RM57.4 juta sehingga 15 September lalu.

Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sepanjang tempoh berkenaan bermula Januari tahun ini, sebanyak 1,421 kes diterima polis daripada orang awam.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan siasatan, sindiket akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mahkamah, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) atau Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, modus operandi sindiket biasanya melibatkan gertakan ke atas mangsa, dengan mendakwa mereka terlibat dalam perilaku jenayah.

“Mangsa yang terpengaruh dengan dakwaan suspek seterusnya diarahkan untuk menyerahkan maklumat perbankan seperti kata laluan, ID pengguna, nombor kad ATM dan nombor TAC kepada sindiket dengan alasan siasatan pihak berkuasa.

“Mangsa juga diarahkan memindahkan wang ke akaun bank pihak ketiga (keldai akaun) yang kononnya milik pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tujuan siasatan," katanya di sini.

Menurut Mohd Kamarudin, sindiket kemudiannya menjanjikan bahawa wang tersebut akan dikembalikan semula selepas beberapa hari, namun mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas mendapati janji itu tidak ditunaikan.

Beliau memberi ingatan, pihak berkuasa tidak akan berurusan dengan orang ramai melalui panggilan telefon terutamanya me kes yang melibatkan siasatan.

“Jabatan kerajaan khususnya pihak polis hanya akan berhubung melalui telefon untuk membuat janji temu dan urusan lanjut akan dibuat di pejabat kerajaan yang berkaitan.

“Sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun, kata laluan perbankan atau jumlah wang di dalam akaun juga tidak akan diminta melalui panggilan telefon,” katanya. – Getaran, 27, September 2021

Sorotan

1

Mahkamah Benarkan Permohonan Pasport Shafee Ke New York

2

Laksanakan Semula Program Sarapan Pagi Percuma - Dr Maszlee

3

‘Hari Gelap’: Solskjaer Kesal Selepas Dimalukan Liverpool

4

13 Penyanyi Berkumpulan Wanita Malaysia Dari 80-an Sehingga Kini

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

KKM Terima Aduan 156 Pengeluar Susu Formula Bayi - Khairy Jamaluddin

oleh Rubini Nagarajah

Sukan 22 jam yang lalu

Verstappen Sekat Kemaraan Hamilton Untuk Menang GP AS

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Jatuh Sungai Ditemui Lemas

oleh Ardyhansah Amat

Semasa 18 jam yang lalu

Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Dilaksanakan - NGO

oleh Fitri Nizam