Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Shuhaimi Baba, 2 Defendan Menang Ganti Rugi RM2.4 juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 7:18AM

Datuk Paduka Shuhaimi Baba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Ankar Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Kamal Mat Salih dan Kahlil Anwar Kamal membayar tuntutan ganti rugi berjumlah RM2.4 juta kepada pengarah filem, Datuk Paduka Shuhaimi Baba, Pesona Pictures serta Aida Fitri Buyong.

Pesuruhjaya Kehakiman, Anand Ponnudurai membenarkan tuntutan itu terhadap Ankar Corporation, Kamal dan anaknya, Kahlil Anwar pada 10 September lalu, selepas Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan pada 9 Ogos tanpa kehadiran pihak ketiga.

Kamal adalah bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju dan kini menyandang jawatan sebagai Ketua Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MiER).

Anand memerintahkan ketiga-tiga pihak, masing-masing melunaskan RM2.4 juta kepada Pesona Pictures, Shuhaimi dan Aida untuk dibayar bersama serta berasingan oleh pihak ketiga.

Sebelumnya, MyCreative Ventures (MyCv), memfailkan saman terhadap Pesona Pictures, Shuhaimi dan Aida untuk wang tertunggak bagi kemudahan pembiayaan kontrak berpusing yang diberikan kepada Pesona pada Ogos 2016.

Namun, defendan mendakwa MyCv bersetuju membiayai projek filem Pesona, dikenali Regalia - The King's Keeper pada Disember 2016 dengan harga RM2 juta.

Projek itu dibiayai berdasarkan perjanjian dimeterai anak syarikat Persona, iaitu Malaytrilogy dan Ankar Capital.

Menurut pernyataan pembelaan dikemukakan defendan, MyCV sedar bahawa Ankar Capital bertanggungjawab untuk membayar jumlah pembiayaan kepada MyCV, menyebabkan defendan memilih untuk memasukkan Ankar Corporation, Kamal dan Kahlil.

Defendan seterusnya mendakwa bahawa Ankar Corporation, Kamal dan seorang individu dikenali Dr Baharuddin memberitahu mereka bahawa sekiranya RM2 juta dibayar kepada Ankar Corporation, defendan dapat menggandakan pelaburan mereka sepuluh kali ganda hingga RM20 juta.

Susulan itu, Ankar Corporation didakwa berjanji untuk membayar sebanyak RM20 juta kepada Malaytrilogy bagi sejumlah RM2 juta yang dibayar kepada pihak terbabit dan sekiranya Ankar Corporation gagal, mereka akan mengembalikan RM2 juta.

Disebabkan itu, Pesona memperoleh RM2 juta dari MyCV dan membayar wang terbabit kepada Ankar Corporation.

Bagaimanapun, pihak berkenaan mendakwa RM20 juta tidak pernah dibayar Ankar Corporation.

Memandangkan perwakilan dan jaminan itu ditandatangani Ankar Corporation dan pengarahnya, defendan mendakwa bahawa Ankar Corporation adalah orang bertanggungjawab melunaskan MyCV.

Berdasarkan situasi tersebut, Mahkamah Tinggi membenarkan defendan memasukkan Ankar Corporation dan pengarahnya sebagai pihak ketiga dalam saman sebelum perbicaraan.

MyCv diwakili peguam, Khairul Anwar Mohamed dan Adly Zulfadhly Zulkefly, manakala defendan diwakili Datuk Seri Rajan Navaratnam, Oazair Tyeb dan Aravind Ramakrishnan. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 2 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Luar Negara 1 hari yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 1 hari yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung